Thursday, July 30, 2015

Bali - Day 3 & 4


Assalamualaikum..

Yes! this is my last update pasal Bali! Seronok ke tidak korang kena la pergi bercuti ke sana! Really Awesome place! Rasa nak vacay ke sana lagi sebab tak puas enjoy dengan pantai bali. Industri pelancongan di Bali ni memang patut pon menjadi sumber pendapatan utama bagi negara Indonesia kerana di Bali banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi dan mereka memelihara tapak warisan sejarah ini dengan baik dan bersih. Sebenarnya tak cukup masa kalau pergi Bali ni 4D3N je. Will make sure next time pergi nak duduk villa yang ada private pool! Boleh SPA memanjang. Jom kakput nak tunjuk hari ketiga kakput ke mana . . . 

 1) Pura Taman Ayun Temple 
     Entrance fee : IDR 15,000

Pak Supir bawa kami ke Pura Taman Ayun Temple. Disini terdapat banyak binaan-binaan tapi memang cantik la! Kakput dengan kawan apa lagi bergambar sakan la kat sini.























2) Daya Tarik Wisata Ulun Danu Beratan 
    Entrance fee : IDR 20,000

















Kak Ton sakan berselfie uols!!! Upsss sorry!


Kak Put dan kawan sempat solat zohor di salah satu Masjid yang terletak betul-betul berdepan dengan kawasan ulun danu beratan ni. Nak ke masjid ni kena la mendaki tangga yang agak tinggi sikit, sebab masjid ni atas bukit. Nyaman + sejuk je kat sini.


------- THEN NEXT -------

Lunch time!!! Kami dibawa ke salah satu restoran halal di kawasan tabanan iaitu Labhagga Pacung Restaurant. Sama juga hidangan secara buffet! owner restoran ini adalah orang islam, staff dia terus beritahu sebab tengok kiterang macam takut-takut nak makan. Siap owner restoran datang jumpa dengan we'ols dan sembang-sembang pasal restoran yang disediakan oleh beliau.

3) Tanah Lot
Entrance fee : IDR 125,000

Ini lah tempat yang ditunggu-tunggu!!! sapa pergi Bali tak jejak sini maka tak lengkapla percutian u'ols!














Kakput tak tahan tengok painting Marilyn Monroe tu Rp100,000 je! Terus iols GRAB!

4) Masa untuk SPA
 Cost SPA : IDR300,000
 (Full body Massage, Lulur, Scrub, Mandi Susu untuk 2 jam)



Setelah penat seharian berjalan, dah tiba masanya untuk kami berSPA! Time for relaxing! 1st time SPA bersama bestie i ni taw! Gelak je keje... hahaha cool babe! We all ambil pakej Massage, Lulur, Scrub dan Mandi Susu. Punyala seronok 2 jam dimanjakan. Balik hotel memang tidur selena-lenanya. 

So esok adalah hari terakhir kami di Bali! Balik hotel packing semua barang-barang supaya tak kelam kabut esok pagi. Lepas subuh boleh relax balik tak ade nak fikir barang nak masuk beg and so on. Dah macam pergi bandung pulak beg penuh nak sumbat barang-barang. 

Day 4 


After breakfast we ols terus ke Krishna untuk cari cenderamata, Krishna ni lebih murah dari kat tempat-tempat lain. Rambang mata tengok lulur badan + scrub! T.shirt pon murah! semua la murah! So, beli kat sini k! semua jenis barang ada termasuk painting!

Total perabih dok shopping kat Krishna

Kak Putput - IDR 233,000.00 
Lissa - IDR 216 500.00

 Inilah supir muda yang bawa kami menjelajah Bali. We ols panggil dia Pak Joni!!!
Sesiapa yang berminat nak gunakan khidmat beliau boleh contact this number 

Joniartha +6282145854119  
Price : IDR. 400.000'-/10 hours and additional per hour: IDR. 50.000'-.

(kali ni kakput terus payung harga kakput bayar untuk pak supir, selalu lupa mentioned kesian u'ols tertanya-tanya tapi kakput tak reply kecuali kalau u'ols e-mel kat kakput) 

 Nampak tak??? kakput gigih hand carry 2 pasu berat tu!



GOOD BYE BALI!!!
Sekian sahaja update untuk #monalissatravels #bffgetaway #monalissatravelbali


Wednesday, March 25, 2015

Bali - Day 2



 Assalamualaikum . . . and hi ols!!!

Ok! jom kita sambung story pasal bali, tak habis lagi u'ols. Manalah tau ade story kak putput ni boleh jadi guide untuk u'ols ke bali. Hari kedua, Seawal jam 8.30 pagi Sis Put dah keluar hotel, sebab ade banyak tempat yang akan dilawati.

Picture pertama gambar highway, MOTIF? haha Excited bila supir bawa naik highway yang atas laut ni. Inilah highway yang pu3 nampak dari dalam flight tu. Ok malas cerita panjang jom ikut kakputput.



1) Jambe Budaya Barong & Kris Dance
     entrance fee : IDR 200,000

U'ols kalau datang ke Bali pergi lah ke Batu Bulan untuk menonton persembahan teater Tarian Barong, best sangat! Bagi pu3 best sebab pu3 minat tengok persembahan tarian, tambah lagi kita mendalami culture negara lain.

Sedikit sinopsis mengenai persembahan ini;

SINOPSIS TARI BARONG DAN KERIS


Tarian barong menggambarkan pertarungan antara “Kebajikan” melawan “Kebatilan” barong adalah makhluk mithologi melukiskan “Kebajikan” dan Rangda adalah yang maha dahsyat menggambarkan “Kebatilan”.


Seperti yang kita tahu kalau di Bali persembahan mereka banyak mengisahkan tentang monyet lepas tu mesti pakai kostum yang agak pelik, takut uolsss, macam-macam ayat kak put put baca sebagai pendinding diri, yela kita kena berhati-hati dan berjaga-jaga sebab kita datang ke negara orang kena ikut culture dah la berdua je perempuan.








Macam muka Tiara Jacquelina kan?



Lepas dari persembahan tu mereka bagi kita bergambar dengan barong tu, tapi kak put put takut la nak dekat so ambil gambar dari jauh je huhu


2) Goa Gajah
     Entrance fee : IDR 15,000

Goa gajah actually tak de apa-apa sangat, banyak menceritakan sejarah di goa gajah ni. Masa melangkah masuk goa tu beristifar panjang kak put put takut juga langgar apa-apa pantang larang kan, tak pasal-pasal tak tidur malam kang, sebab goa ini dijadikan tempat untuk bertapa.







3) Tirta Empul - Tampak Siring Temple (Holy Spring Water)
     Entrance fee : IDR 15,000

Holy Spring Water Spring ni masa kak put put pergi kebetulan mereka ada sedikit upacara kat sini, seperti yang kak putput dipahamkan mereka akan datang mandi disini untuk hapuskan dosa sempena bulan mengambang dan sembahyang untuk mohon rezeki atau sebagainya.

 

Semua datang berkebaya! Cantik2 kebaya dorang baik yang tua atau muda, relax je bawa buah banyak macam ni untuk upacara sembahyang.






Disinilah upacara mandi air suci



4) Luncheon di Kintamani
    Buffet Lunch : IDR 151,500

Nyaman sangat udara di kintamani ni, lunch sambil menikmati pemandangan yang sangat SUBHANALLAH cantik! Gunung berapi depan mata je.
















OK ini je yang kita berani makan, sayur-sayur dan yang penting janganla nak makan ayam bagai kan





Makan kat sana ada la sedikit was-was al-maklumla bali banyak yang tak halal. So, kena berhati-hati jangan makan ayam or daging, amik ikan je... lauk yang tite makan sayur goreng, telur dadar dengan cili kicap. Tapi buka selera betul.

Agak lama jugak we ols lepak makan, ye la dengan udara yang sejuk pemandangan yang cantik rasa seronok pulak. Lepas lunch we ols decide untuk balik ke hotel untuk solat zohor dan asar then keluar balik untuk ke jimbaran. Along the way tu macam-macam barang perhiasan berderet tepi jalan, which is tak pernah terfikir dekat bali ade jual bebenda ni semua. Satu per satu lepas! MEMANG CECANTIK! tak leh tahan terus jerit STOPPPPPPPPPP!!!! OMG!!!! Cantik Pasu Serpihan kaca tu! terus lissa kata OK stop Johny pu3 memang serius nak beli untuk business dia! Wah... sesuatu yang baru untuk u'ols jugak tau, ini je yang sempat kak put put snap dari dalam kereta. Uwaaaa fikir tak menang tangan je nak bawa kalau tak memang dah beli semua ni. Dia macam kalau satu tempat tu sederet jual lampu, lampu je... toys untuk kanak-kanak sederet tu la toys, kak putput pon naik geram sebab dorang jual rumah toys barbie tu! sangat cantik! rugi tak suruh johny berhenti boleh survey harga.





part bantal ni yang paling geram! depan hotel kak putput pon ade kedai jual bantal ni tapi tak sempat tengok, asal balik kedai dah tutup, asal keluar kedai baru nak buka macam mana?





Nampak pasu yang kat atas tersusun rapi tu dah terlopong 2 tempat, yeahhhhh kite dah beli! Cantik sangat! kalau kat KL mau mahal ni tau! kat Bali 2 jenis pasu ni baru Rp300,000.00. Which is tak sampai RM100 dah dapat 2 pasu OK! Tak pasal-pasal jadi shopping pulak kat bali, padahal 1st plan nak relax berehat je. Dah depan mata grab je! kalau tak sangat rugi la u'ols!

5) Jimbaran
    Dinner IDR 439000/2 person


Dah seronok jalan-jalan shopping kak put2 pon balik hotel, dah penat nak rehat, mandi, solat then bersiap untuk ke Jimbaran. Niat di hati nak lepak petang tapi sebab terjebak dengan shopping yang ala tiba-tiba kan, jadi dah drag time so good bye sunset!!!! Malamnya baru kak put2 makan kat jimbaran, pon best tau!!! sebab dapat rasa angin sepoi2 bahasa nyaman kot!






Jadinya itu lah dia travel day 2 kak put2 dengan bff kak put2. Continue later Day 3....