MoOd kerja semakin tipis tak tau kenapa! semangat untuk kerja sudah hilang! Macam2 benda mengganggu fikiran aku lately ni, Kena buatan orang ke ni??? aiyakkkkkkkk!! tapi hari ni aku buat keputusan paling drastik!! aku dah fikir masak2 mungkin ini lah masanya untuk aku mencari @ berhijrah ke satu tempat @ ruang yang lain. Mana pulak corong rezeki aku selepas ini. Still NO IDEA!!! tapi tawakal je lah "Rezeki ada dimana-mana" mungkin dunia PR berakhir sampai disini. Hampir 3 tahun aku menjalankan tugasan sebagai PRO, jawab aduan pelanggan, memberi khidmat nasihat kepada pelanggan, mengatur mesyuarat, luncheon talk dan sebagainya. Kenapa aku pilih bulan Mei untuk resign??? Actually aku tak lah kejam sangat nak tinggalkan kerja2 kat pegawai2 aku. Tengokkkk!!! aku pikir lagi kerja aku!! HELLO PU3!! nak berenti kerja dah la pu3 oik!!sebenarnya aku macam tak sanggup kerja ni cause manpower tak cukup. Cukup pun tapi rasa macam kerja sorang2 pun tak guna yang lain banyak bagi alasan tak tahu. Tak pe la alasan diterima yang untungnye sapa ruginya sapa lu pikir la sendiri!!
So, sekarang aku dah letihhhhhhh dengan semua benda ni. Korang belajar la buat... tak tahu pon nanti jadi tau jugak kan?? asyik fikirkan orang je lastly diri sendiri yang seksa! Sebelum aku tinggalkan unit @ Kementerian ni, aku nak selesaikan arrangement Mesyuarat bersama Industri Players, Luncheon Talk and Lawatan kerja luar ke Terengganu kalau sempat!! Yang selebihnya... lantikan sbg Auditor, monthly report (Aduan), statistik kepuasan pelanggan, Yearly report (Aduan) cari sendiri ok... buat sendiri... aku dah perah idea untuk tu semua.
Tugas aku selepas ni mungkin kena kerja kuat lagikk untuk menampung perbelanjaan...dalam tempoh sebulan tu boleh juga aku try risik2 kerja lain...ini adalah penghijrahan untuk tahun 2011. Tak mo dah serabut2... kalau boleh relax dalam sebulan dua bulan pon best jugak.. then baru cari kerja lain.
Kalau tak pon melancong la pe lagi... hehehe
No comments:
Post a Comment