Tuesday, May 17, 2011

BridesMaid Case






Hye Cinta!!


Today nak story mengenai bridesmaid... huhuu excited kan?? My Best Friend Wedding akan berlangsung tak lama lagi, 1 month left start from now!! So, i merangkap Make-up Artist & Wedding Planner kepada dia a little bit busy nak arrange segala macam hal bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Even wedding yang simple tapi harus di ingati sampai bila2!! Dah macam eden yang kawin sebab semua i yang buat sampai beli barang mcm gift, bunga telur semua i yang cari n pilih.



Untuk upacara and persiapan dah tak de masalah segala benda tinggal dilaksanakan sahaja. So, bridesmaid pun dah setel... setiap majlis perkahwinan kalau disinari dengan bridesmaid akan nampak lagi meriah.

Actually, pemilihan baju untuk bridesmaid sangat penting ok!! jangan main serkap jarang je nanti nampak hodoh gambar pengantin. Pengantin dah ala2 English, pelamin dah gah tiba2 orang sekeliling tak sesuai pulak. Pemilihan pakaian kalau boleh elakkan yang berbunga2, dah la pakai secara beramai-ramai nanti nampak semak pulak majlis tu. Paling penting mesti kontra ye dengan si pengantin.... kalau tak pengantin tenggelam nanti.


Nak mencari baju bridesmaid ni agak makan masa gak la, warna yang i pilih dusty pink. Pada mula nak guna full shiffon tapi bile pikir balik takut ada yang tak sesuai almaklumla masing2 problem tang tut!!! kang berbekas2 nampak. Dari shiffon quickly change amik lace. Separa lace separa shiffon. Ini lah picture masa pemilihan kain, frust sebab tak dusty sangat!! jenuh tau mencari ke hulu ke hilir nak dapatkan kain yang berkenan dihati


first choice!! Very GREAT!! color dah kena tapi cotton pulak


NEXT .... match dengan satin but too light pulak


and YES!!! Finally!!!



Shiffon sangat cantik color dia and match dengan lace.




Bridesmaid juga main peranan penting dalam sesi photoshoot, tak de la gambar nampak macam tu je ... balik2 berdua ... tiada kelainan ... sekurang2nya biarla sahabat2 jadi penyeri dan nampak meraikan perkahwinan kita juga!! Wah!!! sukeeeeeee..... cer tengok pictures bawah ni.


nak bentukkan bridesmaid ni pun kena plan betul2 and lets ur wedding planner incharge or ur friend, kalau si pengantin nak tentukan segala macam memang tak kan menjadi.



Ini lah baju yang direka khas oleh ku untuk bridesmaid sekalian....





Arghhhhhh agak tidak sabar untuk fitting beramai2.... sesi ukur mengukur dah settle last week...



semangat menerangkan kt juru ukur badan sebab nak baju tu menjadi kan




Inilah muka2 bridesmaid Adeq, Mas, Peanut, Sue, Ct, Zahida & Me!!!





Nanti i Update yang dah siap punya keh!!

No comments:

Post a Comment