Sunday, December 4, 2011

Kisah Serem!!!!


Hi guy's!! Assalamualaikum ...

i ADA CERITA SEREM nak kongsi dengan u'olssss!! Kisah serem pulak minggu ni kan.. Al-kisahnya begini ya... dengar ye cerita ini anak2. Last weekend i kena outstation, sempena Fab Food Street Hawker @ Johor. Nak dekat dengan tempat bertugas punya hal, we ols duduk kat sebuah hotel baru.

Biasanya kalau i outstation benda yang i risau kalau hotel tu tak ok i mesti kena. So, selalunya i akan pastikan hotel tu OK!! Hotel ni cantik lagi sebab dia baru, tapi my first impression tengok toilet die macam orang pergi honeymoon pulak. Toilet hanya cermin berkaca, silapla tak shoot!!! sekeliling kaca, pintu tak de lock2 punya, jenis tarik je utk bukak pintu. Kalau betul2 berdiri dekat cermin memang nampak la... hahahah toilet transparent. Bila toilet macam gini rupa mula la dok pk macam2, ni hotel ni ada aktiviti kurang menyihatkan ke???

So, after work.. jam 9.30mlm event habis, menteri pon dah gegas pulang coz flight dia kol 10.00mlm. We ols pon balik hotel terus, balik2 terus mandi... jenuh nak pk macam mana la nak mandi.. leh nampak kaki suma ni tak selesa betul!! tapi sib bek mereka2 ralik tengok TV so tak terpikir la org mandi ngah wat pe kan. Hope So!!! Zipppp... hehehe one of my coulique siap tutup lampu gi tak mo menyerlahkan sangat... hahahaha wat eva!! teetttt

Lepas dah mandi lepak la atas katil, mula2 layan cite Cerekarama yang Fasha Sandha with Fahrin tu, habis cerita tu terus tidur. So, i lah orang pertama yang tido dulu. Posisi tempat i tidur kalau tengok gambar kat atas, tempat i sebelah tingkap, my friend MAS digarisan tengah, Kak Faza sebelah tiang penyangkut baju ni. So, kami bertiga tidur lena sebenarnya dalam keadaan bilik yang gelap gelita tanpa sebarang lampu ye anak2 dari jam 12.00am hingga 4.30 pagi. Sebelum kol 4 tu, tengah lena tidur dengar orang bercakap pastu gelak, i tersedar tengok Mas ngigau berburak pastu die gelak. Tah hape yang lawak sangat tah!! sampai terjaga kejap! ingat die cakap telefon, tapi telefon depan mata i je.

Lebih kurang dalam jam 4.00am kak faza bangun ke toilet tapi dalam keadaan gelap gelita tu!! maybe sebab faktor toilet tu transparent kot.. tp i and Mas memang tak sedar apa pon!sebab sejuk! masing2 berselubung. Maybe kejadian bermula masa kak faza ke toilet.. sebab katanya dia nampak macam cahaya hand phone atas katil. Tapi dia ingatkan Mas tengok hand phone sebab tersedar kak faza gi toilet. Tapi Mas kata die tak bangun!! tu dah 1 hal, hand phone mas pulak jenis ada cassing tutup skrin, kalau bukak baru la leh nampak lampu.

4.30 am - jam loceng mas yang pertama berbunyi (sume tido wat bodoh)

15 minute kemudian - jam loceng mas yang kedua berbunyi (dalam hati budak ni tak mo tekan ke hp die ni)

after 15 minute for the 3rd time - Mas bangun off kan alarm, i pon terbangun jugak la, so rasa nak ke toilet, bukak lampu suma (sorry korang cahaya kejap), pastu tido balik, lampu tu i pergi tutup balik!!! sebab pk best lena tido dalam gelap.

hah!!!! masa tido balik ni i rasa i peluk bantal, selepas bantal tu Mas, tengah mamai tu nak kalih la badan terlentang, kaki sebelah kiri macam terlanggar satu benda keras sebab die macam dok tidur sebelah kiri i. I ingatkan macam ade bantal keras ke, masa tido kan mamai.. manalah nak fikir apa benda yang keras tu. i pon tolak dengan peha, benda tu berat nauzubillah!! Dah tolak tu baru tersedar (tapi dlm tido) 'eh, aku tolak ni bukan orang or barang ni' TERUS!!! tak sempat nak sedar benda tu dah himpit pegang badan kita, baca macam2 ayat, ayat kursi baca separuh die kacau... i rasa marah sebab tak dapat baca jelas2, i ulang lagi!! A-fatihah tak mau jalan lagi dia pegang kuat, sampai i azan (tak tahu cane boleh azan pulak masa tu, maybe terfikir @ time tu memang nak berkumandang azan subuh) then baca balik ayat kursi jelas2 tekan suara tu!! Tapi dalam masa yang sama, orang kata kalau kita kena tindih or what so eva, kita kena sentuh orang terdekat. Masa tu try gapai2 Mas, siap tarik rambut Mas, tarik yang sekuat hati sebab nak kan benda ni lepaskan kita tapi tak lepas2 jugak.

Masa baca ayat kursi tu, kali ketiga dia lepas, sedar tu terdengar sendiri suara baca ayat selebihnya tu kuat... tapi tak tahu kak faza or Mas dengar atau tak. Tapi kak faza dengar i macam berbunyi2 mungkin masa tu tengah baca ayat al-quran. Sedar tu terus kejut Mas.

Aku : "Mas..mas... sini sikit" (sebabnye mas dah jauh... dekat dengan kak faza, belah belakang ruang kosong besar memang muat la adeq or pinat tidur sebelah, i pulak dah hampir dengan garisan tengah)

Mas : "hurmmmm (mas mamai kalih badan tu rapat ngn i, pastu die leh pusing pulak badan ngadap k.faza)

Aku : "Mas..mas... pusing sini!! sini la sikit!!!" (Mas pon pusingkan badan)

Terus tindih kaki kiri atas kaki mas, dalam hati budak ni mesti pelik asal la kak pu3 ni!! pastu siap peluk lagi, memang dalam ketakutan. Tiba-tiba nak pejam mata terasa kat kaki macam ada benda bergerak dari ujung katil. Terus tarik kaki, kejut mas sekali lagi tanya kol berapa.

Aku : "Mas!!! kol berapa dah????"
Mas : "Kol 6am"
Aku : "nak bukak lampu lah!!"
Mas : "bukak lah...."

kalau tengok kat gambar atas, tepi i ade mejakan?? situ ada suis lampu, so... i jadi takut nak toleh ke belakang!! sebab benda tu tadi ade kat area tu, just tangan je meraba tanpa toleh nasib baik betul kene kat suis lampu tu. Bukak je lampu terus pasang TV3 ceramah subuh kol6, mereka2 ni sume pelik kenapa i bangun, pastu bukak lampu terang.. masing2 tarik selimut, dengan TV pasang kuat.. hahahahahaha.

Tak lama tu kak faza selak selimut senyum, terus cakap "sorry kak... kacau tido, bukak lampu, sebab ade benda kacau, terus kak faza tanya kenapa??? " apa lagi terus la cerita.. tengah cerita mas tersedar sampuk dia bangun sikit angkat kepala baru teringat rambut mas pendek!!! dah potong!! tadi tu tarik rambut orang lain la tu!!! aiyakkkkkk .... sampai kol 630am mandi suma bercerita tak habis. Nasib baik kena masa nak dekat subuh!! kalau pukul 3 tu takut jugak!! mau fobia nak tido balik tunggu subuh tu berapa jam lagi kan.

Uwaaaaaa Seremneh!!!!


No comments:

Post a Comment