Monday, April 23, 2012

Vacation Jakarta Indonesia Part 1


Hadoi!!! agak basi punya story.. yelah berapa bulan tak mengadap blog akibat terlalu busy dengan kerja at last pergi bercuti hilangkan tensi. So sekarang gwe mau ngasi cerita nih. Tak pe la even lambat Write up harus diteruskan bagi memberi maklumat kepada sesiapa yang mau travel ke Jakarta and Bandung.

BTW u'olsssssss... Jakarta and Bandung adalah Dunia Shopping! especially tekstil guys... So, korang harus membeli belah untuk Raya nanti di sini. Gwe dah selamat shopping raya anda bile lagi??? hehehe

So, kita kena story mory tentang Do's and Don'ts melancong ke Jakarta dan Bandung. Kiterang ni sambil menyelam minum air, dah alang2 ke INDONESIA pergilah dua-dua tempat ni terus, barula puas dan dikatakan Travel. Jarak perjalanan antara Jakarta ke Bandung adalah 2 jam setengah sekiranya Pak Supir kamu itu memandunya laju ya. Traffic disana sangat macet ya u'olssss... side mirror tu sipi2 je. Lepas tu asyik nak main hon je tapi mereka tak gaduh mulot. HOn memang digunakan dengan baek sekali disana ya. Tapi hangin sikit bagi orang Malaysia mendengarkan bunyi HON itu. Kiterang yang bertempik2 macam orang gile dengar bunyi hon. hahahaha itulah typical orang Malaysia gak bisa kena hon.

Persediaan ke sana tak lah beriya sangat sebabnye saya rushing, balik dari outstation di Sarawak , tido lebih kurang 3 jam je then bangun terus bersiap untuk ke Jakarta. Vaca punya pasal semangat hilang penat sume. Adeq & Mas lagi tak lalu tido kol2.30am kot atas jalan raya menuju ke Putrajaya dari KL.

Cost

Flight (Return) + Hotel (3D2N) : RM 286.00 (SPECIAL PROMOTION AirAsiaGO!)
Pre-Meal Booking : RM10.00 (pergi) + RM10.00 (balik)

Baggage (per kg) : RM 70.00 (pergi-balik)
Pak Supir : Rp 1,100,000 (without toll & parking)
 Exit tax : Rp 150,000 
Pocket Money : RM1,200.00 = 3,588,896.09 IDR

Overall cost : RM 1,821.00

Terkejut tak?? Murahkan? Esp. harga pakej flight + hotel tu kan? Hotel Amaris Mangga Dua u'olssss... Not bad! Bilik sangat Ok la selesa.. Rasa lapar or tak puas shopping boleh continue dekat Shopping Mall pulak, jalan kaki kua hotel masuk pintu sebelah dah Shopping Mall macam Hotel Legend dengan The Mall. Actually we ols memang beruntung sangat sebab masa pergi tu macam ALLAH betul2 memudahkan urusan kami. Actually ade tip if u'ols nak mencari tiket flight murah. Huhuhuu inilah kelebihannya every year kena join MATTA Fair and tambah lagi credit kerja pulak di Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan. So automatik tahu la serba sedikit.

Tip untuk mendapatkan Tiket Flight yang murah

  1. Sila layari website AirAsiaGO 
  2. Check price bermula 3 minggu awal sebelum MATTA FAIR berlangsung
  3. Lebih baik check sebelah pagi dalam 12am ke jam 5am
  4. Everyday checking lagi bagus coz promotion selalu ada tapi AirAsia jarang nak buat hebahan, so siapa obsess dengan AirAsia je yang akan dapat harga best!
  5. Check flight awal2 cth nak fly November or Disember, check Januari or Februari. Tapi ikut nasib jugak... sebab ala2 main saham nak beli tiket flight AirAsia ni ade masa harga tinggi ada masa harga jatuh merudum. Tapi paling penting harga we ols dapat ni hasil dari menelaah website AirAsia 3 minggu sebelum MATTA Fair.
Dah dapat harga murah tu apa lagi, terus bayar and Confirm!!! So yayyyyyyy... We r goin VACA @ Jakarta & Bandung! GREAT!

Bercuti tak lama pon, 3D2N sememangnya tidak cukup actually tapi tak pe next time i will come again to Shopping with my beloved mother.

Let's check this out!

Sebelum Subuh dah keluar rumah dihantar oleh Syafiqah & Adam. Adam demam2 tu larat bangun terus pakai kasut nak ikut. Tapi sian kena tipu... hahahaa "Mama Work", puiiii work la sangat!! 



Selepas menggunakan ayat "Mama Work" terus bersetuju untuk masuk balik ke kereta ye... EH!!!!!!!! baru pasan! Adam duduk depan la!! selalu dengan MAMA ko bukan main macam tuan besar dok belakang. Ayat Adam lepas kena pujuk "Ok, CU Tomorrow!" sambil lambai2 tangan hahahaa tomorrow pe benda.. tunggu lagi 3 hari berikutnya Adam.. baru dapat jumpa MAMA tau.

Awalkan??? Lebih kurang jam 4.45am kiterang dah ade dekat Putrajaya Sentral ambil tren menuju ke Salak Tinggi dan seterusnya menaiki Bas ke LCCT
Keadaan yang sangat sesak pepagi ni, masing2 berkejar untuk ke platform masing2

Check-in

Ready

Ready to Take Off


Breakfast siap bersate bagai si Mas hahaha tapi sedap kot!!

Ini pulak menu Nasi Beriyani, masing kelaparan tapi ini dinamakan Tourist, sebab sampai2 malas nak membuang masa cari makan terus tuju untuk shopping je... sebab tu pilih food yang heavy sikit

Mas & Adeq


Tiba di Jakarta waktu Malaysia 8.15am waktu Indonesia baru 7.15am

Turun dari flight terus naik bus yang disediakan, kalau jalan kaki memang pengsan! Airport dia besar ok
Imegresen Check

Kami mencari-cari Pak Supir kami yang tidak kelihatan
Tiba-tiba muncul Pak Haji Farid, Ya Allah syukur sangat ketemu beliau. Dia sangat baik dan niat kami pon untuk tolong dia sama, pada permulaan tu just nego untuk 2 hari sahaja. TOur Jakarta then ke Bandung tapi disebabkan service beliau amat tip top we all continue hingga hari terakhir. Kalau u'ols nak tau untuk amik Supir ni dia akan kira 12 jam yang pertama rp400,000 sekiranya lebih bayaran tambahan akan dikenakan. Macam kami sangat lucky sebab Pak Farid tak kira jam! sangat baek.. die kira keseluruhan terus.
Lokasi yang pertama kami kunjungi adalah TANAH ABANG yang sememangnya famous sebagai Pusat Tekstil dan shopping di Jakarta. Keadaan di Pasar Tanah Abang lebih teratur berbanding PASAR BARU di Bandung.
I terus shopping OK!!! LACE gitu... bukan untuk kawin tapi baju raya i.. alamak orang dah nampak baju raya ala tapi tak tgk bile dah jadi baju kan.. huhuuh

Beginilah kesesakan pada hari minggu di TANAH ABANG. Kalau boleh elak kan datang sini hari minggu memang padat.
Inilah satu-satunya kedai COTTON yang kiterang jumpa. Sebab terlalu besar so mungkin ada yang kiterang tak nampak.

Lepas sibuk sakan Shopping perut dah lapar... akibat shopping berbeg2, Pak Farid tengok pon senyum lebar. Terus dia bawa kiterang ke salah satu Restoran Masakan Padang. Memang terbaek dan Original dari Indonesia lah. Yummy! Jemput makan u'olsssssss. Jangan terkejut pulak. Ini memang style mereka kita masuk letak bontot je terus waiter serve hidang bertingkat macam ni. At the end dia akan kira mana yang kita amik makan je. Bila pikir balik tak rugi ke buat macam tu dan buang ke kalo kite tak amik tu?


Sempat bergambar kenangan, tapi Adeq tak de plak.. sebab dia tukang amik gambar

Then kiterang check-in di Hotel Amaris, masuk bilik rehat kejap, baring + lelap mata, then bersiap balik untuk ke TAMAN MINI
Sempat nox tukar tudung terus! Sangat cantik tudung ni! BAU KEDAI.. ngehhh

Perfect! Kami ada gambar berempat at the end, Tq Pak Farid tolong bantuin kami ambil fotonya. Ini rumah Miniture BALI. So nice!! sangat2 real seperti di BALI

DISNEYLAND sangat!!!!
Rupa Peti Pos INDONESIA


Banyak lagi tapi rasa tak larat nak update huhuhuhu. Masa ni hujan renyai2 so we ols macam kena berkejar2 untuk mengambil gambar sebelum hujan makin lebat.

Lepas kita habis tour di TAMAN MINI, we all having Dinner dekat MALL. Mamam WENDY's. Beli barang sikit dekat Carefour beli Air Mineral, Air kotak, Jajan untuk kudap-kudapan then balik bilik tido!! besok kena bangun awal! We all akan ke Bandung.
# Teruskan membaca... sambungan Part 2 - Bandung

Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

  1. nice sharing;) thanks alot.
    bole share psl pak supir tu? cmne nk contact die etc? thanks:)

    ReplyDelete
  2. Ur welcome!

    tapi pu3 ada cuba contact pak supir untuk trip baru-baru ni tapi tak dapat. We'ols pon pakai pak supir lain. nanti saya cuba tanya kawan saya sebab urusan pak supir hari tu member yang buat

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan

    Mutiara transport Bandung ada menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, berterampilan kemas, jujur, dan peramah
    Jenis Kereta: Innova, Avanza, Apv Suzuki, pregio (10 seat), isuzu elf (15-17 seat)

    Free & Eazy Program

    Harga kereta Avanza , Apv Suzuki , and Daihatsu Luxio (sewa kereta, upah supir, petrol & parking) :
    Bandung City Tour = Rp425 ribu/perday (8 pagi - 10 mlm = 14 hour)

    No. H/P(call,sms, whatsapp): +62 858 6137 8328 ;

    CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
    telefon office : +62 8888 9177 00
    WhatsApp : +62 858 6137 8328
    pin blackberry : 30d1 82f0
    email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

    ReplyDelete