Wednesday, August 1, 2012

Ho Chi Minh - Saigon


Assalamualaikum & Salam Ramadhan . . .

Hari ni ade mood nak tulis something kat blog. Just nak share experience holiday pu3 ke Ho Chi Minh - Saigon di Vietnam. Perginye dah lama tapi baru nak story kat blog sebab sangat tak de masa hihi. Pu3 pergi tak lama pon 3D2N only. Saja nak release tension setelah stress bekerja bagai nak pecah kepala dengan tak cukup rehat. So, set holiday ke HO CHI MINH. Plan asal nak pergi awal Julai tapi terpaksa diawalkan sebab my friend nak beli COTTON dan jual di sini untuk HARI RAYA. If pergi bulan Julai takut tak sempat orang nak menempah baju nanti tak laku pulak kain kan.

AND me>>>> shopping cincai boncai je.. apa yang nampak berkenan terus grab!

Ho Chi Minh terkenal sebagai pusat membeli-belah. You guy's boleh cari Baju Kurung yang dah siap with beads, Cotton high material bukan yang nipis tu, Vietnam Silk dan kita boleh tempah baju on the spot tau! siap dalam masa 2 hari je u'ols...

Our flight dalam jam 3.00pm tapi awal dah keluar rumah sebab budget time nak ke Airport jam 11.00am. Pergi ke Putrajaya ambil Kak Yan dulu lepas tu terus ke LCCT. I just park my car dekat LCCT sebab senang. Sampai terus check-in luggage, Q suma dah kol 1tgh. Singgah MCD makan dulu jam 2.00pm check-in.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam macam pergi Sabah je.... hala je ke arah lain huhuu.



 
Fakta : Ho Chi Minh merupakan bandar terbesar di Vietnam. Lebih besar dari ibu negaranya sendiri, Hanoi. Bandar ini menampung penduduk seramai 6 hingga 7 juta orang (ececeh nak melancong kena tau serba sedikit mengenai Ho Chi Minh).
 


 Safely arrived at HO CHI MINH -SAIGON on 5pm waktu Malaysia di sana baru jam 4pm


Sampai HCM tepat time dorang balik kerja kot, sesaknya la jalan dengan Motor sana-sini. Negara ke 2 yang pu3 dah pergi rajin benor main HON.

Keluar dari Kastam terus ambil cab ke Hotel. YES! this is Tip for u'ols sila ambil cab dari kaunter bukan luar dari Airport kalau tidak berisiko la u'ols kena tipu. So far, Alhamdulillah pergerakan kiterang berjalan dengan lancar kat sana. Taklah kena tipu kan.

We ol's stay di Hoang Thien Loc 2 Hotel, just 10 minute walking distance to Benth Than Market & Muslim Restaurant. Hotel yang sangat strategik kerana berada di tengah-tengah. 

 Check-in relax sekejap then kiterang ke Pasar Malam jam 8pm

Yang kelakarnye semua orang Vietnam pandang kiterang. Malu pulak jadi perhatian kat situ, mungkin sebab pakai Turban. Ramai jugak orang Msia yang kiterang jumpa. Ada sekumpulan mak cik ni siap tanya i macam mana nak pakai Turban. Siap ambil gambar dengan kiterang. Alamak mak cik ... kiterang biasa2 je tak model dan tak artis pon hiiihiii


Ada Restoran Halal ke kat Ho Chi Minh?

HARUSLAH ade... dun worry! ada 2 kedai yang kiterang dah cuba makan. VN HALAL Restoran dan satu lagi kedai tu dia jual telekung sambil tu dia meniaga makanan halal Nasi Lemak + lauk sikit2.

Hari Pertama - Dinner di VN HALAL


Hari Kedua - Lunch di VN HALAL




 Hari Kedua - Dinner Nasi Lemak Stall



Hari Ketiga - Lunch di VN HALAL


 tak sangka gambar pu3 tangkap ni nampak macam sedap giler pulak! Tapi memang sedap pon char kuew teow & mee kari ni, macam mak masak! perfect!



Apa aktiviti kiterang sepanjang berada di HO CHI MINH?

Firstly, dah ada kat HCM ni mestilah perkara wajib adalah SHOPPING!! So, nak datang sini bawak duit banyak2 tau! sebab korang akan rugi kalau pergi dan balik macam tu je. Duit tu actually penting sebab kita berada di Negara orang macam2 boleh jadi. Kalau bukan untuk shopping pon kita beringat sekiranya dalam kes emergency.

Kiterang mula shopping di THU' SILK. Kedai ni memang sangat hebat dengan embroided dan boleh siap dalam masa 2 hari u'ols... 1 baju kurung.. sapa yang tak mau? Masa jalan kaki ke Pasar Malam area Binh Tay Market. Saya terpandang kedai ni sebab baju dia cantik-cantik, terus tarik Kak yan masuk. Rupanya memang ade benda menarik. Lets check this out.

I pegang baju ni tapi lagi satu patern yang ada lengan then dia cam puff sikit. 
Salesgirl : "i can make a new one for u kakak, same with this patern"
aku        : Alamak macam suka je!! sebab boleh siap cepat. "how much?"
Salesgirl : USD50 (RM 155.00)

Masa tu macam berminat tapi pikir2 nak buat ke tak nak. Dia pon tunjuk material kain kat rak kain tu. Kain memang kualiti habis! Jahitan pulak kemas! Kak yan terus confirm! Put! designkan untuk akak... hihii laju tol kak yan. 

Second day, pagi2 i datang balik kedai tu discuss utk baju i pulak. Tapiiiiiiiiiiiiiiii i frust coz tak buat baju kurung!!! sebabnye color baju... uwaaaaaa nak pergi balik!! nak buat baju kt situ! i buat kaftan sarung guna vietnamese silk Leopard patern. Nilah dia akibat rambang mata kain cantik2 sampai tersalah langkah la pulak. Tak pe la ade rezeki pergi balik nak buat baju embroided yuhuuuu.


2nd day tu we all betul2 jadi tourist. Jalan kaki sekitar HCM, perghhhhh penat kot tapi best! bukan selalu jalan kaki jauh macam ni. Elok untuk kesihatan tau! kat Malaysia pon tak rajin nak jalan kaki macam ni. MATIC ke KLCC pon naik kereta ok.

Huh penat!! tengok jauh lagi perjalanan ke depan tu. Nasib ada banyak pokok sepanjang jalan tak de la panas.

  1. Reunification Palace, District 1



2. Notre Dame Cathedral in Ho Chi Minh City


 
3. Bưu điện thành phố (Post-Office)

 



Dah penat berjalan tour bandar HCM kiterang pekena Kopi ais & Apple Cake. Lupa nak bagi tahu kat HCM ni terkenal dengan KOPI. Sebab kopi dia sangat sedap tak de crimer pon tapi rasa perfect macam letak crimer. Tapi berlainan rasa. Siapa yang datang HCM should try k.



4. Pasar Malam

 Kalau nak cari souvenir yang murah2 sila beli di Pasar Malam. Very da murah...


Travel Cost

Flight Ticket + Hotel : RM427.00 (Two way)
LCCT Parking : RM100.00 (3 days)
Taxi (Airport - Hotel) : VND 400.000 - RM59.00 (mengikut kadar mata wang)
Taxi (Hotel - Airport) : VND 600.000 - RM89.00
additional hotel charges (12.00pm - 6.00pm) : USD18 - RM 56.00
Pocket Money : RM1,500.00

Nak berbelanja di HO CHI MINH ni taklah risau sangat. Sebab duit kita laku kat HCM tau, i sendiri pon tak tukar banyak duit sebab beli barang kat Ben Thanh guna RM. Dorang pon ada yang fasih berbahasa Melayu. Lembut je panggil "kakak"... hihihi

Ben Thanh Market ni agak sempit sikit kalau nak dibandingkan ruang di Pasar Tanah Abang, Jakarta. Susahnye la nak tengok kain. Tapi nasib baik kedai kain cotton yang kiterang pergi ni besar dan selesa. Kain dia pon cantik2... Jom tengok!

 



CANTIK kan??? Naik juling cek nak pilih kain untuk Kak Yan. Tapi balik Malaysia cepat je COTTON yang kak yan beli habis.. laris betul. Dah berkualiti siapa yang tak beli memang rugi la kan. 


3D2N berada di Ho Chi Minh sangat relax . . . walaupun penat berjalan tapi puas. Baju yang kak yan tempah pon siap hari ke-3 jam 1pm. So, dengan excitednye kiterang pergilah amik baju kat THU' SILK


Bila dah fitting die ukur badan kita memang ngam-ngam! jahitan sangat berpuas hati. Tapi baju pu3.... uwaaaaaaa sangat frust sebab tak menepati citarasa dan kehendak ku. Tak pe mungkin dia tak biasa buat kaftan. Kalau tahu tempah je baju kurung rega lebey kurang sama je kot! Tension betul!


Hah sebelum tu.. sepanjang we all di HCM alhamdulillah.. kebanyakan orang Vietnam yang berurusan dengan kiterang suma friendly dan baik.. Siap request nak bergambar sama lagi padahal pakai turban simple je dik oiiii. Hiihiiii mungkin dia tak pernah tengok kot. Yang kelakar masa kat Ben Thanh Market aunty kedai yang i beli lace tu bagi discount sambil picit2 pipi i.. dia kata i "comeyl" hahaha siap sorok-sorok bg pu3 lace lg 2 meter. Tu tektik je aunty...nak dapat discount.
  


Sekian sahaja kisah kami menjelajah ke Ho Chi Minh. Kepada sesiapa yang akan ke Ho Chi Minh selamat bershopping! Oh ya... baru teringat u'ols jangan jadi macam i... terlupa nak pergi Hard Rock Cafe, HCM arghhhh frust!

Ok bubye!

3 comments:

  1. rambang mata tengok kain pasang smua lawa2 :)

    ReplyDelete
  2. Hi could you share the address of thu' silk? My wife would like to visit the shop.

    ReplyDelete
  3. hi can share with me the address for thu silk pls? thank u :)

    ReplyDelete