OK entri lama lagi, itu tandanya tak de masa nak update blog. Tak sempat nak masuk macam2 benda dah buat... day by day. Btw satu lagi hari sungguh menyeronokkan, i spend my time with my buddies. Actually, ini salah satu cara nak release tension dan nak tenangkan fikiran. STRESS! tapi orang tak tahu apa yang aku pikirkan, 1001 persoalan yang bercelaru dalam otak tinggal masa nak menanah je.Bila ada aktiviti mungkin akan mengurangkan sikit rasa tension tu.
Hari tu planning asal adalah ke Open House Seri dekat Bukit Jelutong, Shah Alam. Tapi sebelah tengahari tu peanut ade event nak kena cover so we all menaiki VIVA purple Peanut ke Hotel Crystal Crown, Klang. Akhirnya kite rasmikan jugak VIVA peanut yang bernombor platkan PERAK nih!
Tunggu punya tunggu sampailah jam 4.00ptg kiterang melepak kt coffee house nih... i dah siap berchating, facebooking. Adeq pulak siap tengok cerita Takdir Qismah episode minggu akhir. Sebenarnya macam2 planning, lepas pergi rumah seri nak gi shopping la, tengok wayang la . . . karok la . . . tapi apakan daya masa amat mencemburui kite.
So, settle kerja pinat . . . kiterang terus ke rumah Seri. Dalam jam 5.30ptg mcm tu kita dah sampai Shah Alam. Nasib baik Shah Alam dengan Klang ni tak la jauh mana kan. Sanggup tau simpan perut untuk makan kat rumah seri sebab kawan dah siap masak Tom Yam Kung lagi special. Banyak jugak makan, tambah lagi nasi tomato pulak tu.
Lepas beraya kat rumah Seri, maka dengan itu bermulalah aktiviti untuk enjoy! Excited betul! Niat dihati nak ke Mid Valley nak makan kat Restoran DubuDubu, tapi my stomach is full!! So...kena pergi sana jugak sebab Mayu pon dah ade sana. So kite tengok wayang cite Paranorman. Actually cerita ni Best kot, tapi poyo sangat nak tengok mid night katanya. Hah hamikkkkk tersengguk2 masing2... besok tu dah la keje.
Sementara nak tunggu wayang jam 12.15am yang midnight sangat tu, berjalanlah ke Mickey Land. Wow~ comey2 mickey mouse!Ada yang siap fully pearl and beads lagi tau.
Sebelum masuk wayang tu macam2 dah pekena ChatTime la... MCD la... sampai kepala berat naik pening then besoknya demam + batuk. Hahhhhhhhh rasakan!! berembun pulak tengah2 malam sampai ke pagi besok macam tak kerja pulak kan.
Itu je lah simple entri, untuk weekend akhir Ramadhan.
No comments:
Post a Comment