Tuesday, September 25, 2012

THAILAND - GOODWILL GAMES 2012


GOODWILL GAMES kini kembali lagi! Kali ni Thailand pula jadi tuan rumah. Kami seperti biasa Main Futsal wakil Kementerian. Training pon idok tetiba je nama naik kena pergi Thailand futsal wanita diperlukan pulak. So, just 3 kali turun training pastu dah kena bertolak ke Thailand. 

Hati ni dup dap dup dap takut skill dah tak leh pakai, bila dah lama tak main takut dengan bola tu akan datang balik la... tambah lagi training kena bola kat mata, blind kejap nasib tak berapa nak kuat kena balun. 

Kami semua bertolak ke Thailand Khamis Malam jam 10.30pm dengan menaiki bas Kementerian. Hari yang sungguh terkejar-kejar, terkejar2 makan, terkejar2 nak mandi, bersiap, bawak masuk barang dalam kereta then hujan pulak tu. . . penyudahnya kami bertiga orang terakhir sampai. Mereka kena tunggu kiterang pulakkan. Upssssssss SOrry guy's!

Perjalanan yang memakan masa agak lama, sepatutnya saya kena tutup mata tidur! tapi entahla mata ni tak boleh tertutup sebab sungguh laju beb! Macam2 doa dah baca sepanjang perjalanan hati tak tenang tau. Sampai la satu tahap tu saya rasa nak muntah. Tapi masa tu dah hampir nak sampai dah lebih kurang jam 5am. Dah kata naik bas harus la ade insiden ikut pulak jalan lama yang bengkak-bengkok, berliku-liku tu. Nasib baik bas kami tak terbalik ok cuma ada drama sebabak yang semua orang tengah tidur dikejutkan dengan dentaman yang kuat sambil melambung-lambung.... hihihi Abang Jang la ni!!! Adoi bawak laju2 jalan tak rata kot! Ada bonggol besar dan tinggi sebab saya duduk didepan hah memang nampak jelas nasib baik kereta depan tak break walau pun dia dalam keadaan teruk jugak kalau tidak bas kami memang dah langgar kereta dia. Hish!! ngeri tol.

Kami tiba di Kota Bharu, Kelantan jam 7am. Berhenti untuk breakfast dan merehatkan diri sebentar di Hotel. Rasa lega bila dapat mandi, bersihkan diri al-maklumlah tak sehat ni badan rasa serba serbi tak kena. Kalau bukan kerana demam dan batuk2 tak muntah kot.



Kami mula fresh kembali sebab dah dapat mandi & tidur dengan nyenyaknya. Kami keluar untuk lunch, lepas lunch terus check-out dan mulakan perjalanan kembali menghala ke Rantau Panjang.



Semua kontinjen dari Malaysia akan berkumpul di Rantau Panjang dan konvoi beramai-ramai untuk masuk ke Thailand. Di sini kami bersama Pejabat KPL Negeri berkumpul dan dijamu menu yang sangat lazat iaitu laksa kelantan dan laksa siam. Sedap kot!! selama ni tak suka Laksam tapi pergi sana rasa jatuh cinta dengan kelazatannya, tambah lagi sambal die pedas. Tapi serius sedap, tapi kite tak makan banyak sebab takut muntah2 so tumpang2 kat yang amik makanan je.


 

CAM WOARING


Sebelum bertolak posing la dulu kat bunting yang menyambut kedatangan kami ke sini.

Pasukan Futsal Wanita

Pasukan Futsal Lelaki

 

Masa beratur untuk ambil T.Shirt & Tracksuit dan sesi pengumpulan dokumen perjalanan


Tibalah masanya kami mulakan perjalanan masuk ke Thailand. Sebelum kesana kami telah dimaklumkan oleh Wisma Putra bahawa keadaan di Thailand masih belum pulih dan kami diingatkan supaya bergerak secara berkumpulan. So far, alhamdulillah dapat tidur, makan dengan tenang. Masa masuk ini pun kami dikawal oleh tentera dan polis Thailand.

 
Mula dari kawasan ini kami dah nampak orang Thailand sedang menunggu kedatangan kami. 

 
Yayyyyyyy kami telah pon berada di Thailand! Kami disambut dengan muzik dan tarian Thailand. Mana yang sporting semua menari.



Menjadi adat serta budaya masyarakat Thailand menyambut kedatangan tetamu ke Negara mereka dengan mengalungkan bunga. Arghhh Suka!!!

Cumil kan die... baru perasan die cumil bila tengok balik gambar ni.

.
Kami diberikan minuman, kuih tradisional mereka dan towel basah.


Ekspedisi seterusnya tak jauh pon lebih kurang 5 minit kami dah sampai di Hotel Genting. Disinilah tempat untuk kami menginap sepanjang berada disini. Dengan kawalan keselamatan yang sangat ketat kami rasa sangat terjamin.


Check-in, mandi-mandi terus bersiap untuk Welcoming Dinner. Kami dihidangkan masakan Thailand yang semestinya ada Tom Yam Kung! Appetizer dia pon sedap. Antara kumpulan yang menang bergambar adalah meja kiterang Ok! Pastu licin jugak la... tapi daging masak sos tiram tu je tak habis. Sebab sangat banyak... daging die macam tak pure.
 


Sesi taklimat disampaikan oleh En. Akmal dan pas diberikan kepada kami semua. Pas ini harus dipakai sentiasa sepanjang berada di Thailand.


Sesi perjumpaan bersama pasukan Futsal Wanita pon ade, tapi di BILIK Mas & Adeq. Kami mula merangka reformasi permainan supaya nampak lebih sistematik. KONON! hahaha nervous i Ok!


Tetiba sesi bergambar ada dedebu sepintas lalu ke muka Yana! Prankkkkkkkkk!!! HAppy Belated Birthdayyyyyy Yana!!!! Nasib baik dorang seronok picit bedak tu sampai habis baru teringat nak kenakan saya. Sorry guy's bedak u'ols dah habis Kahkahkahkahkah!! Tapi terkena jugak!! nasib baik sikit je.

Hari perlawanan telah tiba . . . masing-masing nervous kecut perut semua ada. Tapi bergambar tu tetap ada ok.

perjalanan menuju ke Stadium

Inilah dia gelanggang perlawanan untuk Futsal Lelaki dan Wanita

Futsal Lelaki sedang bertarung


Saya adalah keeper yang tidak bertauliah yang sangat Girly katanya kerana memakai Jersey Pink! Hadoiiiii



Orang suruh beratur kiterang leh berposing pulak masa ni. Tapi bagus la... ade jugak gambar kiterang lengkap berjersey sepasukan di court. Nak tau lawan kiterang sapa? Mereka adalah abang2 Ok... Thailand hantar yang betul2 budak sukan. Lelaki dah lawan separuh perlawanan team futsal wanita Thailand tak muncul2... dah separuh masa akhir perlawanan futsal lelaki barulah nampak kelibat dorang siap berseluar pendek berstokin panjang. Masa sesi bersalam sebelum perlawanan dorang boleh gelak kan kiterang sebab salam tangan dorang erat2. Padahal dorang nak sep je... ahaiiiiiiii.

Kasi preview sikit salah seorang team futsal wanita Thailand.

Hasil perlawanan selama 7 - 7 score adalah 5 (Thailand) -  2 (M'sia) Hihi tapi oklah dorang pon main kabut jugak. Nak tergelak pon ade masa Mas dengan Cik Nab jatuh tergolek atas penjaga gol Thailand tu. Hahaha tu la nasib korang ye Thailand berlawan dengan gugurl macam kiterang ni. We all tak mengganas tapi bab jatuh hempap ni terror la.. hahaha

7 saat terakhir En. Hussein boleh bet kalau siapa dapat jaringkan gol dapat RM50. Baru je sebut mas berjaya jaringkan satu gol. Menjerit kiterang!! loncat-loncat! Selepas 5 beberapa saat penjaga gol berebut bola dengan mas luar D pastu tersaduk bola terjatuh tersungkur mas terus bangun bawak bola sampai tiang gol. Memang tak de orang jaga clear area D tu. Maka dengan itu, En. Hussein melayang duit sebayak RM100 ok!Hihihi Mas!! Belanja!!!


Masing-masing keletihan selepas berjemur tengah panas. Open court macam ni la rasanya. Muka ku terbakar! Tidakkkkkkkkkkk!

Sebelum balik ke Hotel, kami lunch dulu. Sedapnye masakan dorang, ada nasi kuning tu, ikan masak cili api, ayam goreng, rendang daging, sambal belacan/sambal thai tu amat terbaik sebab pedas giler!!! Lepas makan je terus balik hotel mandi dan bersiap untuk ke Stadium semula jam 4 petang.


Tukar baju yang urusetia bagi dan menuju ke Stadium semula. Go Malaysia!





Tiba di stadium kami perlu berkumpul di Padang bersama kontinjen masing-masing. Diikuti dengan ucapan perasmian dari Thailand awam gelap menyusul, elok rasmi hujan turun selebat-lebatnya. Semua bertempiaran berlari masuk ke dalam.


Perlawanan Bola Sepak terpaksa delay sekejap sebab hujan lebat pulak petang tu. Sit penonton semua basah, tak lama lepas tu hujan reda... semua kat stadium tepuk tangan dan terus cari semula pot masing2 untuk menonton perlawanan bola sepak dan sukan rakyat. Very Happening! Terus rasa excited nak menonton perlawanan. Rasa macam tengok MU vs Liverpool la pulak kan ekekee.


Persembahan pembukaan diteruskan dengan Tarian Kebudayaan Masyarakat Thailand dan persembahan Koir dari pelajar sekolah Thailand.


Itu dia pasukan MOTOUR FC dan Thailand sudah masuk padang. Maka dengan itu bermulalah perlawanan persahabatan Malaysia menentang Thailand.

Hah.... ini adalah Ultras Malaya yang dibawa khas OK! Seronok dengan dorang ni...kepala dah la giler2. Mereka adalah tenaga pengajar untuk menyanyikan lagu2 Ultras. Habis pitching lari sore pon tak de. Kiterang jadi lebih bersemangat bersorak beri semangat kepada pemain MOTOUR FC.


Pengacara Thailand ni tak puas hati dengan kiterang yang menyanyi macam-macam lagu. Siap tanya 'kumpulan dari Malaysia berlatihnya berapa lagu?' tak de makna kiterang nak berlatih berbagai... on the dot bang oi!!! Bang face tol! So perlawanan M'sia menentang Thailand berakhir dengan score 3 - 1, tak de rezeki nak menang jugak.

Habis perlawanan kiterang berlari ke Padang!!! Gaya tu macam Malaysia Menang kan? MALAYSIA BOLEH!! Susu susu  Su'... tak pe kata perlawanan persahabatan. Ini tandanya Malaysia tetap happy walaupun Thailand menang! hahaha



Malam tersebut ada Dinner dan majlis penyampaian hadiah kepada semua peserta. Asal No. 1 je semua Thailand yang Malaysia boleh kira berapa je menang. Knowing Thailand mereka memang kuat bersukan, no wonder la lari dalam guni tu relax je laju tak jatuh ok! memang salute lah! Thailand sekali lagi membuat persembahan kebudayaan. Suka tengok mereka menari sangat lembut dan lemah gemalai.

Makanan memang cedap2!




 
      
Dari kelaparan perut terus kenyang makan macam-macam. Apa lagi bangun terus menuju ke Van balik Hotel. Mata dah mengantuk + penat sebab bersukan la konon kan... banyak peluh keluar tu jadi rasa penat sangat kot.


 Hari terakhir kami di Thailand. Selepas breakfast kami semua kumpulkan barang2 bawa masuk bas dan ade masa lagi beberapa minit. Kiterang pusing2 sekitar pasar yang ade berdekatan dengan hotel genting. Saya apa lagi beli berat siam la kan. Sedap tau beras dia... tak rugi beli.


Kemudian kami bergerak ke salah satu tempat yang dikatakan tourist spot, Hutan Simpan Thailand. Along the way tu, ada je navy yang mengawal keselamatan. Bila tengok keadaan macam tu rasa sangat untung kita hidup di Malaysia. Mampukah kite mengharungi zaman peperangan seperti dahulu kala kembali? Dijajah oleh Jepun? yang ingin menakluki Malaysia. Seharusnya kita bersyukur kerana Negara kita jauh lebih aman. Di Thailand sangat sunyi, semua duduk rumah je kot sebab takut anything happen lua rumah. Jauh beza dengan kita yang bebas nak ke mana-mana.


OK.. kami dah sampai!! Jom kita terokai Hutan Simpan di Thailand ini.

 
Perghhhh laluannya atas air, ade yang baru diperbaiki tapi tidak dibenarkan berjalan secara berdua ye sebab risau kayu reput. Nampak benor dah lama tempat ni. So, kami kena berjalan secara berbaris. Best jugak masuk sini, kadang2 jadi nervous bila terpikirkan buaya, ular atau serangga yang merbahaya. Berapa kali menjerit sebab kayu yang dorang pijak reput. Tapi nasib baik tak de apa2... jauh jugak perjalanan.. berpeluh OK! dah la panas.

Ini sebahagian daripada kiterang ada lagi yang lain tau.. kena amik gambar group by group sebab takut kang roboh pulak.

Berehat sebentar makan roti + air sejuk dan lap2 peluh dengan towel basah.


Itu sahaja lawatan kami di Thailand, kemudiannya kami bergerak untuk pulang ke Malaysia dan seterusnya ke Kuala Lumpur. Tapi kami sempat singgah di Rantau Panjang untuk shopping. Best jugak trip ni, masa balik kiterang tak kering gusi asyik gelak tengok gelagat abg jang. Adoi!! memang tak leh tengok muka dia la dalam masa seminggu. Separuh perjalanan tu orang dah tidur kiterang leh gelak2 pulak kan.


Majulah Sukan untuk Negara! Chaiyok!


1 comment: