Friday, July 12, 2013

SALAM RAMADHAN KAREEM


Syukur Alhamdulillah . . .


Aku masih diberi peluang oleh Allah swt untuk merasai bulan Ramadhan pada tahun ini. Walau pun sedikit terasa sedih sebab kali ni puasa tanpa Opah, semua orang kat rumah pon jadi murung sebab rindu kan arwah opah. Mak dan mak su pon tak lalu makan sebab tahun lepas berbuka dengan opah tapi tahun ni rumah macam sunyi katanya tak de opah. Dulu berkejar-kejar mak balik kerja excited nak masakkan untuk berbuka, nak masak sedap-sedap bagi opah makan, mak su excited beli kuih favourite opah Apam Tepung Beras tapi kali ni macam kosong. Tak apalah tuhan lebih sayangkan opah dan biarla dia berada disisi Allah.

Semoga bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dapat mengajar kita erti bersabar dan melakukan seberapa banyak kebaikan serta amalan supaya dilipat gandakan pahala kita. 

Aku berharap agar Ramadhan kali ini memberi aku kesedaran dan mengubah aku menjadi hamba Allah yang lebih mulia. Perbanyakan amalan dan jauhi dari melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.




Amalan dan Ganjaran di Bulan Ramadhan

Lailatul Qadar;

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar itu?Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.”

[Al Qadr: 1-5]


Doa mustajab;
“Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang dizalimi, dan orang yang musafir.”
  
         [Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi]

Diampun segala dosa yang lalu;
“Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan baginya apa dosanya yang lalu.”
[Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmidzi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi]
Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan diikat;
“Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.”
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Perisai dari siksaan neraka;
“Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.”
[Hadis riwayat Ahmad]


No comments:

Post a Comment