Assalamualaikum dan Hi readers!
Kesiannya blog ni dah lama ditinggalkan gara-gara sibuk ke sana-sini. Awal-awal lagi dah ade yang PM pu3 dekat Fb kata seronok tengok pictures pu3 dekat Bali, 'Jangan lupa tau update kat blog'. OK! OK! kita update jom! jom ikut pu3 terbang ke bali!
Very short plan, dalam masa seminggu je we'ols plan untuk ke bali elok pulak banyak cuti umum last week so straight amik cuti seminggu terus. Memang puas dapat cuti uolsssssssssss!!!!! yahoooo!!! Ok jangan buang masa, sebab tak boleh nak menulis panjang lebar sangat kang ade balik kol 10 malam. Pu3 akan share dengan u'ols perbelanjaan sekali, so jangan risau.
1st thing yang paling cerewet sekali bab pilih flight. Kalau boleh i'ols malas nak susah-susah naik bas, check Air Asia mahal! yela kan nama pon last minute mana nak dapat yang murah. MAS mahal sikit dari Air Asia, tp kalau ditimbang tara pengangkutan nak ke LCCT tu lebih baik naik MAS je, paling-paling tambah duit sikit kemudahan dah senang naik ERL, parking murah je dekat Putrajaya Sentral, makan dalam flight semua dah siap, tak payah nak kesah. BUT cari punya cari tiba-tiba pu3 teragak nak buka website Malindo Air. MURAH dari AA dan MAS! Terus screeshot bagi kat my friend lisa. Dia kol terus kata OK!
Flight we'ols pagi tu jam 9.20 pagi, sampai terus check-in luggage then terus ke balai pelepasan. Nak masuk dalam tu agak jauh so better masuk awal, tak lah terkejar-kejar, slow and steady je jalan. Dah boarding, relax kejap update insta ke fb ke selfie sikit, kol mak and so on kata nak berlepas apa semua hik hik.

Flight Ticket MALINDO AIR : MYR 1,186.20 / MYR 594 - per person
Flight we'ols pagi tu jam 9.20 pagi, sampai terus check-in luggage then terus ke balai pelepasan. Nak masuk dalam tu agak jauh so better masuk awal, tak lah terkejar-kejar, slow and steady je jalan. Dah boarding, relax kejap update insta ke fb ke selfie sikit, kol mak and so on kata nak berlepas apa semua hik hik.
Selfie dipagi hari dengan muka sembab bagai!
Luggage macam besar je... macam besar je... hehe sonang nak sumbat!
nak singgah Harrods minum macam dah tak sempat.
boarding now!
Ok ready for take-off
Breakfast ni u'ols order macam biasa secara online masa beli tiket tu, same like Air Asia k. Kenapa pilih MALINDO AIR? sebab selesa! ade entertaiment lagi, perjalanan 3jam tu boleh la enjoy tengok movie. Tak ramai orang so kiterang boleh duduk dengan selesa, sit tengah kiterang kosongkan untuk letak barang-barang.
yeayyy kita dah sampai! semua masa ni dalam flight excited tengok keindahan pulau di bali, SUBHANALLAH! indah sungguh ciptaan allah.
Tiba di Ngurah Rai International Airport, Bali
very nice airport dia! bersih!
Tengok ni mana-mana je ade pintu gerbang bali ni.
Ok mulalah perjalanan kami di Bali. Yeay!!!! Jom ikut pu3!
1) Rumah Makan Padang ACC Minang.
Cost : IDR 110,000
Cost : IDR 110,000
Dekat bali seriously susah nak cari makanan yang halal. Ada beberapa kerat je kedai halal, kebetulan Rumah Makan Padang ACC Minang ni paling dekat dengan airport, jadi jom kita singgah makan dulu! Masakan padang dia boleh tahan la sedap, tapi sedap kt bandung/jakarta lagi.
2) GALUH BALI SPA
Kemudian kami ke Galuh Bali SPA untuk buat reservation SPA. Sebab takut full house nanti, tapi we ols akan ber SPA pada malam terakhir kami di Bali
Cost SPA : IDR300,000
Full body Massage, Lulur, Scrub, Mandi Susu untuk 2 jam
3) Check-in Hoel Dream @ Jimbaran
Seterusnya kami ke Hotel untuk check-in. Hotel ni we'ols booking through online melalui Booking.com. Kami stay kat sini 1 hari je, suppose 4D3N tapi weols decide untuk stay di kuta. Lebih meriah environment kt sana. Nak shopping semua senang.
Selesai check-in, mandi + solat dulu then siap untuk ke Uluwatu Temple! Tak sabar nak tengok show kecak dance tu.
4) Pura Luhur Uluwatu
Entrance Fee : IDR 20,000/person
Kecak Dance Show : IDR100,000/person
Pemandangan dekat uluwatu ni sangatlah cantik! Kebiasaannya pelancong akan datang ke sini waktu petang, sebabnya show akan bermula jam 6.30ptg. Sambil tengok show sambil tu feeling2 tgk sunset! BEST sangat! hari pertama dah teruja amat! Rasa macam setiap sudut nak bergambar tau!

Review : persembahan not bad! saya suka tradisional dance tambah yg ade history2 macam ni. Sambil-sambil tu u'ols boleh enjoy tengok sunset, subhanallah sangat cantik!!! berkeping2 gambar tangkap, kalau diikutkan rasa nak masuk semua tapi elokla ditapis ye... kalau tak balik2 tengok gambar selfie tite je la karang heheehe
5) Bandar Kuta - Shopping Area
Hah kepada yang suka shopping, u'ols kena stay dekat area kuta! Hard Rock Cafe pon area kuta tau! seronok kat kuta ni sepanjang jalan rasa nak berenti satu-satu kedai.
Polo Club |
6) Hard Rock Cafe, Bali
Me spend : IDR 425,000.00 ( T.Shirt HardRock + Peppermint)
Lissa : IDR 700,000.00 (T.Shirt - 2 helai)
Last location untuk 1st day ke Hard Rock Cafe, Bali. Pergi ke mana-mana negara mestila masuk HRC collect merchandise dia.
Hari kedua buat apa? Tunggu.... kita sambung nanti ek?
Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
ReplyDeleteTelefone/WhatsApp : +62 811 387 010
Wechat ID : astawa-krishna
RM 160 Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
Sewa Kereta Murah Kat Bali
Ingin melancong dengan pakej termurah? Kami berikan anda jawapanya. Pakej Pelancongan & Pakej Percutian Murah Kat Bali dijamin termurah dan memuaskan!
We offer Halal Bali Tour & Travel Packages for Muslim travelers. Included of halal food(حلال), prayer facilities, and etc.