Maybe this is my last show sebab sudah semakin malas untuk menyanyi. Banyak komitmen dan sudah semestinya kerana dia yang tidak suka saya menyanyi menjadi perhatian orang! biasalah dia kuat cemburu.
Tapi tak pe memang saya sendiri nak surrender sebab stage bukan tempat saya lagi. Cukup lah sekadar menyalak di REDBOX or pusat2 karouke lagi puas!! Sudah semestinya itu adalah monthly aktiviti saya!
So, bertempat di One World Hotel, saya dijemput untuk memberikan persembahan atas permintaan ramai yang ada dikalangannya my lecturer and student2 yang convo tahun ni. CONGRAT to all of u!! saya perasan ada sebahagian daripadanya adalah rakan yang same intake dengan saya dulu but they all further studies in degree pulak. TURN AKU BILA YE??
Sebanyak 4 buah lagu tradisional yang saya nyanyikan iaitu Joget Pahang (terpaksa nyanyi atas permintaan VVIP), Mahligai Permata, Keroncong Kasih dan Keroncong Cinta Kita. Diselang selikan dengan persembahan tarian dan penutup persembahan dari Aizat & Dafi.
Masa ni punyalah seksa, dah nak dekat show saya boleh demam pulak! dengan keadaan batuk yang teruk membuatkan suara menjadi semakin lunak ar jawabnya!! ala2 ella.. adoi rasa macam persembahan yang paling teruk! tapi nak buat macam mana masa tu semuanya dah buat, makan ubat batuk, minum air asam jawa and so on, but still not get well.
Adeq and Peanut dah risau sebab masa rehearsal suara saya bertukar menjadi besar!! masa testing mic tu pun dah tau "alamak macam mana nak nyanyi ni?? lepas ke lagu tinggi2". Ya allah.. tuhan je yang tau keadaan saya masa tu rasa macam nak balik tak nak nyanyi nak lari dari tempat tu. Sebab rasa malu bila orang semua mengharapkan persembahan saya mesti best dan puas didengar sebab mereka dah lama tak dengar saya menyanyi, tau2 nyanyi suara teruk mesti la malu nox!!
Never mind! teruskan je la nak buat macam mana... @ 6.00pm after makan terus bersiap cause all the dancer dah ready dengan make-up and tinggal saya saja perlu bertouch-up.
Sepanjang saya berada disana adeq & peanut la peneman saya. Thanks to both of u my dear.. selalu berada disampingku walau dimana saja berada.
Kita tengok picture sebelum dan selepas persembahan ye!
~ masa penari tengah buat rehearsal ~
~ make-up time, tengok adeq sempat lagi berposing2 hahaha ~
~ at the backstage ~
~ adeq tengah pasangkan kerawang ~
~ ada gaya puteri gunung ledang tak? huuhu ~
~ k ready & standby sebelum mc announce nama ~
~ NOw! show time ~
~ after performance lega gila!! Alhamdulilah.... tak terbatuk on stage sebab masa tu asap punya la banyak perit tekak and lagu tinggi.. tapi so far suara bertukar menjadi better than masa rehearsal. Alhamdulillah!!! ~
Yippie!! and last we all enjoyed dengan persembahan aizat & dafi.. tapi lagi enjoyed menjamah makanan cause rasa lapar and penat dah.. menu japanese food! memang marvelous tapi dah naik kereta adeq pening kepala and saya rasa mengantuk yang teramat sangat effect dari makan ubat batuk! sampai drive pon boleh tutup mata and tertidur dekat traffic light lepas antar adeq. Tapi alhamdulillah selamat sampai rumah dalam jam 1.45am. Asyik balik lambat je keje nye!!
No comments:
Post a Comment