Assalamualaikum...
Tempat seterusnya untuk IFTAR kali ni jemputan dari Kak Eidline yang comel. Thanks sis belanja we ols berbuka. Bagus betul kak eid ni padahal dia bukan Islam. Tapi sangat peramah semua orang dia berkawan so dia tak kesah dia yang belanja kiterang berbuka.
Ramai juga kak eid jemput dalam 10 orang. Thank you so much sis! kenyang makan Spagetti Cabonara garden yang sangat sedap tu!! Rasa nak lagi pulak... hihihi
Lepas dari IFTAR tu kami pon bersurai tapi i, adeq & mas pergi ke Carefour nak cari barang untuk makan bersahur nanti. Lepas beli barang si mas rupanya tak habis lagi craving dia dari semalam, nak ice-cream jugak! Kiterang pon pergi la ke Cream Fudge.
![]() |
#CoffeCrunchMacadamia #ChocolateLover #FrenchVanila |
Arghhhh sedap nikmat tak terkata! Kiterang pon lepak sampai Alamanda tu macam nak tutup. Perbezaan Cream Fudge ni dengan Ice-cream lain cream ni diuli2 macam nak buat doh donut tau u'ols! uli pakai tangan... pada asalnya macam pelik jugak tapi tu mungkin resepi Cream Fudge untuk menghasilkan cream yang memang MARVELOUS! tapi ice-cream tu tau diuli-uli... jangan confuse pulak! hihiihi nak tau gi tengok sendiri dan rasa lagi best!
Hah kali ni kite perlu berterima kasih kepada MAS kerana menaja Cream Fudge. Alhamdulillah.... murah rezeki. Dia yang craving kite pulak terlibat sekali kan.
Sekian saja entry untuk IFTAR @ Garden dan makan Cream Fudge. Bubye!
No comments:
Post a Comment