Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Burger Bakar Abang Burn + PuvLova



BURGER ABANG BURN @ BANGI memang TERBAEK!!!!!!

Sapa yang tak pernah cuba?? Lebih baik pergi try. Masa we ols pergi last friday terkejut jugak sampai2 line clear tak ramai yang order. So, dengan rasa leganya duduk menunggu menu burger bakar kami la kan. Tapi kite ade menu tambahan lagi tu.. dahsyat tak kiterang makan? hehehe

Kali ni main sponsor adalah Azila & Aiman.... Terima kasih yunk! semoga dimurahkan rezeki u'ols. 

Kalau nak tahu stall Burger Abang Burn kat Bangi ni area mana.. dia dekat Food Court Sg. Ramal. Hahhh mesti korang tau punya, nampak je Shell sebelah kanan kalau korang dari arah Putrajaya/KL sebelah kiri korang tu ade macam tapak bazaar ramadhan. Terus la korang selekoh ke kiri ye kerana lokasinya disitu.






 

Sedap sehingga menjilat jari tau u'ols... semua licin tau makan!! tak de yang tak habis walaupun kiterang ade extra menu disini. Kalau datang food court Sg. Ramal ni, dia punya Sate ya ampun!!! sangat sedap u'ols!! BETUL!! TAK TIPU!! terasa fresh ayam tu, kuah pon sedap sangat!


 

Bukan ni je menu tambahan kiterang... YA ALLAH... banyaknye kiterang makan????? hihihiihi habis tu dah rezeki kan... mas pulak order dan belanja we'ols PUVLOVA!!!! which is kiterang punya favourite pulak tu.. terima kasih sangat2 cik mas!!! ni sayang sangat kat mayu ni...

Mas ni suka menerai!!! menerai tu ala2 orang perak cakap bahasa orang putihnya try... hihiihi pasar pulak bahasakan? Sorry.... Ok!!! MummyZara's Cottage punya PUVLOVA memang terbaek!! sangat creamy, less sugar tak terlalu manis yang boleh buat orang muak tu... dan sangat ringan. Kek ni 1kg kot mas beli tapi....


 DAPAT KAT KITERANG!!!
 



 LICIN!!!!!!!!!
kah! kah! kah! Moral of the story semuanya licin la!!!
So, korang boleh la cuba try apa yang kiterang makan ni. Semua sedap2 rasa mewah perut hari tu. Semua yang masuk sedap2. 

Burger Bakar Abang Burn - venue : Bangi (food court Sg. Ramal)
Sate - venue : Bangi (food court Sg. Ramal)
Puvlova - venue: blogger (website:http://mummyzaracottage.blogspot.com) - Presint 8, Putrajaya.

IFTAR @ Garden & Cream Fudge Time


Assalamualaikum... 

Tempat seterusnya untuk IFTAR kali ni jemputan dari Kak Eidline yang comel. Thanks sis belanja we ols berbuka. Bagus betul kak eid ni padahal dia bukan Islam. Tapi sangat peramah semua orang dia berkawan so dia tak kesah dia yang belanja kiterang berbuka.

Ramai juga kak eid jemput dalam 10 orang. Thank you so much sis! kenyang makan Spagetti Cabonara garden yang sangat sedap tu!! Rasa nak lagi pulak... hihihi

 
 
 
 
 
 
 
 

Lepas dari IFTAR tu kami pon bersurai tapi i, adeq & mas pergi ke Carefour nak cari barang untuk makan bersahur nanti. Lepas beli barang si mas rupanya tak habis lagi craving dia dari semalam, nak ice-cream jugak! Kiterang pon pergi la ke Cream Fudge.

#CoffeCrunchMacadamia #ChocolateLover #FrenchVanila
Arghhhh sedap nikmat tak terkata! Kiterang pon lepak sampai Alamanda tu macam nak tutup. Perbezaan Cream Fudge ni dengan Ice-cream lain cream ni diuli2 macam nak buat doh donut tau u'ols! uli pakai tangan... pada asalnya macam pelik jugak tapi tu mungkin resepi Cream Fudge untuk menghasilkan cream yang memang MARVELOUS! tapi ice-cream tu tau diuli-uli... jangan confuse pulak! hihiihi nak tau gi tengok sendiri dan rasa lagi best!

Hah kali ni kite perlu berterima kasih kepada MAS kerana menaja Cream Fudge. Alhamdulillah.... murah rezeki. Dia yang craving kite pulak terlibat sekali kan.

Sekian saja entry untuk IFTAR @ Garden dan makan Cream Fudge. Bubye!


Baskin Robbin? DLCW?


Tahniah kepada Pemain Badminton Negara Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan meraih pingat perak di Sukan Olimpik London baru-baru ini. Sememangnya kejayaan ini amat membanggakan Malaysia. Rasa terharu bila bendera Malaysia diangkat sebagai tanda kemenangan. 

Walaupun Datuk tidak berjaya meraih pingat emas tetapi BR @ Baskin Robbins tetap memberikan ais-krim PERCUMA kepasa seluruh rakyat Malaysia dari jam 8pm - 10pm. Nak tahu macam mana keadaan di Alamanda, Putrajaya? Lepas kiterang habis berbuka puasa dekat Sahara Tent. . . we all jalan2 la.. tetiba nampak donut2 kecik ni terus bergambar. Motif? Sebab terlalu comeyl. Padahal sebelum ni ulang alik tak pernah perasan ke tak teringin nak bergambar? Ntah! confuse jap... hihihii


 

 OTW ke Ambank nak bayar duit kereta. Mas kata teringin nak makan ice-cream jugak. Mungkin malam tu mood ice-cream sedunia tiba2 jela kan. Tapi dia tak mo Q kat BR dia nak MCD je. So... kiterang pon pergila Mcd. Hah????? beratur panjang jugak??? yela kot malam tu malam makan ice-cream sedunia kot! hiihii terus tak jadi beli ice-cream, atas bawah beratur panjang OK! Kiterang pon naik escalator menuju ke atas betul2 depan BR... Mak datuk!!! ramainye beratur???????? masa tu dah pukol 9.45pm... sempat ke nak tunggu turn korang yang beratur panjang2 ni? Jalan ke Ambank rupanya Q tu panjang sampai situ. Kiterang dah masuk dalam Ambank dorang Q lagi sampai ke pintu keluar tu.

 
 dekat MCD pon Q panjang macam ni


 Hah tengok!! panjangkan???


Hahaha mas mula tunjuk muka sengal dia tu. Tak pe mas besok ke kite pergi makan ice-cream yek. Susah tol orang suma makan ice-cream hari tu. sampai ke cream fudge tu pon orang beratur panjang. Pelik! Untung kedai ice-cream malam tu.

IFTAR at Sahara Tent


Yay!!! Kempunan hilang!

Akhirnya dapat jugak IFTAR @ Sahara Tent makan Hummus dia yang sedap giler tu kan. Terbaek!! Siapa yang suka makan makanan Arab macam saya boleh la cuba ke Sahara Tent @ Alamanda. Buffet Ramadhan RM52 per person tapi puas makan!

Kedai yang sangat tersusun dengan dekorasi yang cantik rasa macam dekat Arab pulak.




 Hummus dia sangat sedap tau! Tengok... mula berbuka terus makan Hummus dengan Roti. Alamak tengok gambar ni rasa macam nak makan lagi. Yela bulan puasa la dapat try suma sebab dia buat buffet kalau Ala-carte mahal jugak tau.

 
 




Alhamdulillah kenyang hari tu. Nasib baik adeq & Mas boleh layan makanan Arab jugak. Kalau tak.. hurm kempunan la eden tak de teman nak ngajak!

Ok bubye!