Thursday, September 27, 2012

I Miss KK



i LOVE BORNEO!

You know why? sebab 1st time menjejakkan kaki ke Borneo i telah meraih kemenangan yang sememangnya i sendiri pon tak sangka. Its was in year 2007, i terpilih ke Peringkat Akhir Pertandingan Lagu-lagu Patriotik Peringkat IPTA/IPTS. Masa tu sangat excited nak ke Sabah tambah lagi dapat masuk ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Tapi besar juga tanggungjawab masa tu sebab kena bawa nama Universiti dan sudah tentu harapan Universiti nak kan pu3 berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut. 

Thanks to UNITAR sebab sponsor penginapan 4D3N at Promenade Hotel and also my salon. I become more excited because my family also been there. Actually tak terpikir pon akan terpilih ke peringkat final sebab persaingan sangat sengit. Semua peserta adalah student Seni Persembahan accept me ok! Bayangkan ada wakil daripada UM adalah vokalis kumpulan Antz, UITM syafawati dia adalah student Syafinaz Selamat, Lim Kok Wing, Zazrina yang sekarang ni popular dengan lagu IM4U dan wakil UMS adalah paling top selalu menang,  tau-tau je la budak sabah punya suara mantap2. Tapi maybe kerana bakat alhamdulillah i lepas dan i menang tempat ke 3! Oh my god speechless masa tu. I bawak balik cash RM1000.

Tak sia-sia my parent turun Sabah, Abah dapat tahu je pu3 berjaya ke final terus Mak & Abah apply cuti then Abah beli tiket flight. It's was very last minute haruslah harga sangat mahal. Tapi... sepanjang kat sana mereka sangat seronok ke sana sini. Yang i ni melepek kat UMS training vocal, rehearsal and so on. Balik hotel je tengok berbeg2 mereka dah shopping! Jeles! My mom beli pearl sangat banyak and til now pearl tu masih dalam plastik. First day beli, my mom said she buy this and this for all my aunties and cousin. Tomorrow she going to shopping again... and she said she want to sell la konon. Forget it mom . . . hehe. Yang tak boleh blah tengok my lil' brother siap beli Handphone ok! uwahhhhhhhhh berapa riban duit abah habis masa tu i tak tahu. Nasib baik save tak payah bayar hotel sebab UNITAR sponsor. Tersenyum sengsorang bila ingat balik, my parent sangat expert dengan jalan2 kat sabah, dorang tahu je nak cari itu ini kat mana. So, dorang bawa i pulak shopping bila i balik lepas habis rehearsal.

Itulah kenangan 1st time jejak ke Borneo. Sekarang ni sabah dah makin berkembang pesat dan banyak perubahan. Banyak kawasan telah ditambak dan Kota Kinabalu tampak lebih besar berbanding dulu. Airport dah semakin besar dan selesa, nama pun dah bertaraf International Airport. Kalau dulu airport tu sangat kecil, ambil beg terus nampak pintu keluar. Semput sangat... sebab tempat kecil tapi ramai orang. Kalau nak tahu dulu KFC cuma ada satu je tau. Tapi sekarang ni dah ade SURIA SHOPPING MALL yang sangat besar, nak apa semua ada situ, Full House dua tingkat ok! Station 1 Cafe pulak ala2 vintage lagi.Itu macam pavilion dorang la.. coach, pandora,

Sabtu & Ahad yang lepas pu3 ke KK kerana ade tugasan untuk cover event Borneo Street Dance Competition 2012. Kira ini adalah kali ke 3 pu3 ke Kota Kinabalu.

Pepagi kol 6am keluar rumah, dah lama tak naik LRT seronok pulak. Mas naik dari Damai we all jumpa dalam train je. Nasib baik dah check in dulu semalamnya sebelum balik kerja, so gerak kol 6 dari rumah tu sedang2 elok la sampai KLIA.

Sampai airport bos dah tunggu dah. Terus Boarding . . . Pintu dah la hujung tapi tak de la kena kes berlari macam pernah jadi masa gi vacation dengan su dulu. Boleh sampai lambat kt airport, nama dah announce banyak kali nasib baik flight tak tinggalkan kiterang.

Hihihi bila boring macam ni la, shoot gambar bukan2. Masa ni baru lepas breakfast, disebabkan beg i besar. . . coklat, air oren, pringles suma sumbat dalam beg je ler.


2 jam setengah perjalanan harusla ade iklan kan. Hihi sebelum touch down kita touch up dulu. So just nak sharing, inilah rahsia saya...my favourite liquid Tony Tint untuk bibir nampak natural merah. You all trylah!



Keindahan Pulau di Sabah memang tak boleh dinafikan sememangnya sangat cantik dan menjadi tarikan pelancong. Hurm tak sabar nak turun Sabah melancong dengan kengkawan next year. Turun pulau berjemur ala mat saleh gitu pastu stay dekat chalet berhampiran Gunung Kinabalu.. arghhhhh cant wait! So exciting! Its time to reward myself with travelling and relaxing.

OK! kita dah touch down KK terus ke Hotel Tang Dynasty. Highly recommended for u'ols sebab harganya sangat berpatutan ok. Bilik yang i amik ni adalah Deluxe Room and guess what? Harganya cuma RM145/per night. Sangat selesa, luas, bersih dan cantik. Cuma satu je kekurangannya tak de paip kat toiletnya Aiyakkkkk....




After check-in saya harus terus ke Le Meridien untuk bertugas. YBTM akan adakan Press Conference disana. We all sampai tepat2 je, mayu dapat shoot dua, tiga keping gambar PC terus YBTM wrap then lunch sebelum ke Suria Mall untuk rasmikan pertandingan BORNEO STREET DANCE COMPETITION.

Masa untuk update status di facebook Motour

After lunch terus rush ke Suria Mall untuk upacara perasmian. Event yang santai walah weiii persembahan orang Borneo memang hebat-hebat! Seronok dapat tengok persembahan dorang.




Kumpulan yang i paling minat, yang kembar ni pernah masuk Showdown Competition tapi tak de rezeki masuk gelanggang tarian secara LIVE


 Keputusan akhirnya LABUAN menjadi juara.. yeahhhh! clap clap clap Congrat! 

Tengok shopping mall ni rasa excited nak cuci mata. Apa lagi i dengan mayu round 'n' round la pastu tershopping la beberapa item. Hurm biasala i kalau pergi satu tempat tak membeli tu tak sah. Then, kiterang masuk Station 1 cafe yang ala2 vintage sangat cantik! penuh dengan picture2 retro 60's. Tapi bukan gambar diatas ni tau, yang ni dekat restoran YBTM dinner tapi still dalam shopping mall tu juga.
Its time for Dinner! 7.45pm we all dah kena standby because kawan En. Zahar will come to fetch us coz dia nak belanja we all makan seafood! SO YUMMY! Oh god if u'ols datang sabah tak makan seafood rugi tau.


So, menu pada malam tu adalah seafood yang betul2 boleh kasi garu punya. Dish yang pertama dia hantar sup kupang ke apa tah namanya. Not sure hihii sorry... 2nd dish Maggi Lobster, sangat sedap. Next is Oyster, yang dimasak dengan cheese ok! last but not least Soft Crab goreng tepung! my favourite ok!

Besok harinya adalah hari untuk pulang ke KL. Pagi jam 7 we all dah turun breakfast dulu sebelum ke Pasar Philiphine. Pagi tu KK hujan lebat tak berhenti actually dah berhari-hari KK hujan.


 
 Inilah hasilnya bershopping di Pasar Philiphine. Mine is combination Pearl & Diamond.

 Siap untuk ke Airport. Flight jam 11.45am
 Sebelum balik pose dulu yippieeeee

Masa balik tu we all dapat flight baru jugak, tapi yang ni upgrade lagi sebab flight besar. Well improved MAS Airlines... ada sediakan TV even just untuk penerbangan domestik. Ye lah nak ke Sabah 2 jam setengah kot, boring kalau tak de entertainment.


 
Mula-mula i melayan la cerita Dark Night pastu tak sampai setengah cerita dah tertidur. Tersedar bila stewardess nak hantar makanan. Bangun makan pastu tukar cerita lain the Prometeous. Pon sama cerita tu tengok i. Mengantuk giler pulak rasanya.

 Finally we all touch down dalam jam 1:45pm at KLIA Airport.


 Sempat window-window jap perfum baru Lancome


 Pick KLIA Express to KL Sentral yayyyyyy. Sampai KL Sentral izhar (bf mayu) datang amik. 

Begitulah kerja ku dihujung minggu lepas. Sekian... bubye!

No comments:

Post a Comment