Tuesday, October 23, 2012

Lynda Won Best Dress - FINAL DARA.com


Assalamualaikum....

uwaaaaa dah lama tak menulis kat blog rasa nya... entry ni pon tergendala kejap sebab macam2 benda nak kena setelkan. Busy memanjang bagai menteri hehe

Ingat tak entri pu3 hari tu pasal Pentas Akhir DARA.com? Yeayyyy dah pergi dah! of cos la kan cerita pon dah lama kot baru nak story.Program ini berlangsung di Hotel De Palma Inn jam 3 petang.

Melangkah saja ke dalam De Palma, pu3 dengan mak terus ke meja pendaftaran bersama invitation kad ditangan. Sampai kat meja baru nak buka mulut, budak karangkraf ni dongak sambil cakap 'ye'... terus terbantut! tercengang kejap...

Me : 'Larrrrr ina masak lomak!'
Ina : 'Kak Put!!! Kak put wat pe kat sini?'
Me : 'Haih buat apa lagi datang nak tengok DARA.com la... cousin sis Lynda Roslan'
Ina : 'Owhhh yeke??' - muka excited die!!
Me : 'ini mak kak put'
Ina : 'Hai mak cik (sambil salam cium tangan)... ok!! meh ina registerkan

Terus ina tengok kat checklist under table Lynda dan terus bagi no. meja. Masa pu3 dan mak sampai kebetulan Pak yang & Mak yang (parent lynda) pon sampai jugak. Senang... terus ina uruskan.

Masuk dewan terus ke meja, atas meja as usual penuh dengan barangan penaja Al-Humaira, Rias dan Karangkraf. Adelah tidbit dan cuppies red velvet. So, sementara menunggu peserta final ni keluar kita gelak2 dulu sambil baca magazine DARA.com dan NUR.



Dengan bertemakan Arab, petang tu memang masuk dengan mood sebab lagu-lagu arab yang berkumandang sangat best! Tiba-tiba keluar lagu Assalamualaikum, toleh belakang nampak finalis dah keluar berpurdah dengan gaya personaliti masing-masing sambil diiring oleh pemenang DARA.com dan NUR tahun lepas. Seperti biasa meja kami memang tak cari orang lain melainkan lynda. Terus nampak si tinggi lampai berbaju Dusty Pink sangat curlas!!!! Mata dah la galak kan... bila die catwalk sambil tabur2 kelopak bunga dengan baju yang beralun tu nampak Lynda sangat superstar! LOVE it! Credit Luna Lee baju awak sangat cantik dan kena dengan lynda.

Jangan ingat senang nak jadi finalis DARA.com. Bila dipentas final semuanya diambil kira dari segi percakapan, attitude di atas stage, task2 yang diberi pon agak mencabar. Terutama IQ TEST, dengar jawapan finalis2 ini semua hebat dan jelas. Ye la yang masuk bukan calang2 orang tau, semua berpelajaran tinggi. Pakej betul... cantik dan berkerjaya. Persembahan my cousin pon quit surprise me bila part individual task dia kena bersyair. Sangat mendayu dan beralun. . . bukan semua boleh bersyair dengan baik. Cuma lynda nampak gementar sikit tp masih confident.

Keputusannya, Lynda berjaya memenangi hati juri dan dianugerahkan 'Pakaian Terbaik'.
Congrats my dear kazen!
YES! YOU LOOK SO GORGEOUS



Even lynda tak berjaya mendapat tempat tapi kami tahu kemampuan dia untuk terus maju dalam industri seni dan modeling. Rezeki orang kata selepas bertudung, masa dia mula2 cuba masuk DARA.com ni pon, dari mula audition, excited dia update perkembangan dia kat pu3. So, i just beri support sebab tahu dia memang cantik dan layak.. orang kata cukup pakej tu. Tak macam yong dia ni yang tak berapa nak cantik dan kurus ni kan. kihkihkih

Mak Yang, Lynda & Pak Yang
credit picture to Shafiza @ mutat cover for MIG

Pu3 and my lovely MOM!


Tengah asyik tengok persembahan Hafiz Hamidun tetiba Ina (Tengah - Karangkraf) & Mutat (Kanan - MIG) datang kat meja ajak bergambar nak insta-insta katanya. Terus bangun keluar bergambar kt Backdrop. Tak sangka adik-adik ku ni dah berjaya masing-masing. Alhamdulillah berkat mahu belajar dan bersungguh-sungguh dapat la kerja yang bagus.

Jom layan gambar-gambar yang sempat snap dari hp tapi tak banyak pon sebab bateri kong (-_*)



Admire betul dengan owner R A D I U S I T E  IKA, muda lagi ni dah jadi business women yang berjaya!
 


No comments:

Post a Comment