Monday, October 29, 2012

My Cousin E'day

 
Assalamualaikum... Hi ol'ss... 

2 week ago pu3 rasa badan macam melayang ke sana ke sini... Sangat sibuk menguruskan persiapan utk e'day cousin pu3, LyndaRoslan. Tapi alhamdulillah sangat teratur sebab semua telah dirancang dari awal memandangkan pu3 kena bergerak sendiri. 2 hari sebelum majlis pu3 dah mintak cuti, hah awalkan? Ini semua bagi memastikan apa yang dihasilkan menarik. Especially hantaran, sebab bila lynda cakap sebelah Aizul, SaifulSin yang sponsor... lagi la pu3 rasa pu3 kena hasilkan something yg lain dari yang lain.


Seminggu sebelum majlis berlangsung pu3 dah mula checklist barang untuk mini pelamin, habis ponggah semua barang. Yela.. Kang takut ade barang yang tak cukup, tak menjadi plan i nanti....Sebabnya selalu lepas habis buat mini pelamin customer smp rumah terus tolak barang ke tepi, sepatutnya kena checklist balik brg cukup ke tak. Ala biasala balik penat..terus cmpk je ke penjuru dinding, hehe. Lepas checklist tu barulah pu3 ke SSF cari barang utk hantaran pulak. Dengan ditemani adeq,pu3 pon ke jamek petang tu.. sempatla cari2 barang yang pu3 nak then ade a few item tu dpt la discount sebab adeq ade dapat coupon discount sempena b'day dia. Thanks adeq! Huhu really save!

Tema yang dipilih utk hantaran lynda pada asalnya adalah English style combination color purple peach. Tapi bila dah siap macam ada sedikit perincian retro disitu. Kalau ikutkan pu3 nak buat guna bakul tinggi tapi memandangkan barang2 yang nak diletakkan dalam bakul ada antaranya kuantiti tak banyak.. pu3 amik bakul rendah sikit. Idea yang ala2 headgear tu, suddenly je dapat sb masa tu berusaha memikirkan apa nak buat bagi nampak lain dan kretip. Hah...Terus jadi cenggitu dan nak maintainkan semua bakul ade benda yang sama bukan senang...makan masa sikit. Itu bukannye benda dah siap just tampal ye... Semua buat sendiri u'ols.

Dua hari cuti memang sibuk ke sana ke sini, Hari Khamis tu dah pergi rumah mak cik untuk pasang mini pelamin. Sambil memasang mini pelamin tu sambil tu ditemani dengan suasana riuh rendah sebab semua tengah layan bola. SO, tak de la rasa penat or mengantuk kan. Mulanya macam lemah longlai jugak... dok kebek pokok sakura nak jadikan berjuntai2 tu punya la payah dan memakan masa. Tapi at last jam 2am siap! Idea datang secara mendadak dan main pakai letak je... tup2 terhasil sudah.... Lynda pon excited tunggu mini pelamin dia.. kesian dia sampai tertido kat sofa, Yang pu3 pon dok khusyuk buat tak perasan dia kat sofa tu.. terus kejutkan suh tido dalam. Kesian dia dah mintak cuti tapi kena kerja jugak, ade rakaman untuk Saffiya. Amacam ok tak? Just a simple mini pelamin. Fresh flowers pu3 letak jugak tapi bunga tu pu3 cucuk masa hari sabtu.




Bila tiba hari Sabtu, haruslah sibuk ke sana ke sini. Pepagi dah keluar gi Gombak fetch my mom lepas tu singgah Petaling Street untuk tambah bunga. Then terus ke Klang... nak jadikan cerita pagi tu hujan lebat kot... jalan jem pulak! Nasib baik bergerak, yang Lynda dah kol2 dalam hati hadoi mesti die dah risau yong dia tak sampai2 lagi. Sampai klang nak tau kol berapa? Kol11... hah memang terus je cucuk bunga untuk pelamin... dah setel siapkan hantaran tapi ni letak2 barang je... bunga semua dah siap cucuk. Then cousin2 yang lain tolong sediakan tempat letak hantaran. Mujur mak ada.. ye la haruslah ibuku pandai mengatur segala dia cuma tanya ini untuk apa? lepas explaint die buat hah memang macam mana yang pu3 nak.. ye la mana nak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? saya mewarisi bakat yang ada pada mak.


 
Akhirnya semua selesai tepat pada waktunya... sempatla pu3 mandi dan bersiap sebelum majlis mula. Lynda masa tu pon dah siap dimekapkan oleh Luna Lee. Masa lynda panggil pu3 nak suruh ambilkan barang... then pas nama parent Aizul ke Pak Yang, buka pintu bilik je tgk lynda dah pakai baju. OMG sangat comel dan gorgeous my dear cousin! Curlas baju Luna Lee, he very talented designer. Baju dia banyak perincian pearl... which is #myfav tau!


Apa-apa pon buat my lovely cousin Lynda & Aizul (future cousin), Yong ucapkan tahniah diatas pertunangan u'ols. Yong harap korang berdua saling memahami antara satu sama lain....sebelum tiba masa yang ditunggu-tunggu pada tahun depan ye.... Darah manis ni banyak dugaannya, harap dapat tanganinya dengan baik dan sabar. Yong tak sabar nak rasa nasi minyak korang nih Hihi and one more thing masa wedding nanti yong nak tuju lagu boleh? Special untuk u'olss. Sorry inda.. masa majlis hari tu yong terpaksa tinggalkan majlis sebab kena bertolak ke Sabah atas tugasan rasmi 'Saya Yang Menurut Perintah' pulak...






Comel Irene Nadia Marcello, De' famous blogger @ adik Aizul Marcello @ bakal adik ipar lynda.. (berapa kali @ da.... ) siap datang pakai baju masa dia bertunang dulu. Dah la memang pu3 adore dengan baju bertunang dia.. so dapat tengok live!

Habis majlis pu3 mintak permission family untuk tinggalkan majlis awal. Agak frust sebab tak dapat nak tolong2 apa yang patut sebab kena kejar flight untuk ke Sabah. Alih2 kena duty pulak untuk 'Jelajah Janji Ditepati' kat Kudat, Sabah. Hihi btw thanks my dear cousin bagi yong duit belanja (beyond my expectation) plak tu... mak kayo kejap! 

K nanti kite update story sepanjang bertugas di kudat, Sabah pulak ye.. Ok bubye!


Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment