Thursday, October 25, 2012

Tayangan Perdana 'AKU TERIMA NIKAHNYA'


 

Korang dah tengok ke filem AKU TERIMA NIKAHNYA? Sedih pulak cerita tu . . . tapi aksi agak daring sikit la bila part Nora Danish & Adi Putra dah berkahwin. Kita dah tengok dah . . . Thanks Mutat! bagi tiket free Tayangan Perdana. Lepas kerja siap2 nak pergi Sunway Piramid. Tu yang bergincu bagai sempat lagi snap picture sebelum keluar ofis kan . . . hehehe poyo je kan? 

Yeahhhh!! sampai Sunway Piramid awal jugak . . . dok potong ikut jalan yang tak jem sangat. Sempat la kiterang pi makan dulu kat Oldtown....lapar! sebab lunch tak makan siapkan kerja sebab nak balik awal kan. Hihi tetiba ade pulak surprise!!! Hik hik 

Adeq & Kak Faza bagi hadiah! Patutla dorang menghilang time lunch... tah mana2 pergi tah... rupanya gi beli hadiah. Bagus rancangan korang kan nak wat SURPRISE + KENA KAN KITE!! Konon ada barang tertinggal!!! Puiiiiii!!! Baru masuk duduk kat Oldtown tu tak sampai berapa minit Adeq & Kak Faza muncul dengan bungkusan hadiah besar!!! Hahhh apa lagi EXCITED la teman nak membukanya!!

 THANK YOU GUY'S!!!
REALLY APPRECIATE IT! MAYU PON THANKS KERANA BERSEKONGKOL PANDAI KORANG KAN!!!



Inilah dia hadiahnya!!!!! COMELKAN!!!!
Geram tengok teddy 2 ketol ni!!
Sorang Hippa sorang lagi dah macam rambut JOHAN Raja Lawak pulak! So, kite tukar jadi Johanna


 
Terima kasih AdeqLinda & Kak Faza sebab bagi pu3 teman yang sangat comel ni... akan ku bawa ke mana saja la ye... macam ni... kendong dalam beg SEMUA ORANG PANDANG ok!!! Nasib baik Nora Danish tak perasan... benda ni BUKAN untuk awak ye nora... Sorry. 

TANDA menghargai SANGAT nih kendong macam ni tau.. COMELKAN??? hehehee (padahal adeq cepat2 buang bungkusan suh bawak macam ni je masuk wayang, kes naya ni)
 

Cukup masa kiterang pon masuk wayang... excited nak tengok cerita sebab VT macam BEST! Masa tu ajak Norin join sebab kebetulan ada orang cancel tak dapat follow. Kebetulan tengok FB Norin post pasal filem ni... dia suka rupanya Adi Putra, terus PM dia kat FB suh follow tengok. Nasib baik Norin, hang post kat FB kalau tak... tak dapat la tengok Adi Putra live!


Yeay... akhirnya NOrin tersenyum Lebar dapat tengok ADI PUTRA! Haihhhhh apa yang hensem sangat mamat ni pon tak tau ler... Tapi!!! Tite nangis tengok cerita ni!! serius sedih kot! Nak suh benti airmata ni tak boleh pulak... hahaha

Thanks to MIG TEAM bagi tiket Tayangan Perdana ni. Dapat la dengar David Teo punya pantun yang makin improved tu.



Inilah barisan pelakon AKU TERIMA NIKAHNYA. Baju purple tu Producer Film dia yang telah diberi kepercayaan oleh Datuk David Teo untuk mengarahkan filem ni. Even ini adalah filem pertama arahan beliau tapi not bad la berjaya membuatkan orang menangis.

Korang pergi tengok la ye . . . especially yang dah berkahwin tu.

Ok Bubye!

No comments:

Post a Comment